THE CURSED: DEAD MAN’S PREY (2021)

4.5
(2)

Daebak sangat guys filem sekuel The Cursed: Dead Man’s Prey ini! Seperti menonton filem berkonsepkan santet-santet/dukun versi Korea!

Filem ini mengisahkan seorang gadis Baek So-jin (Jung Ji-so) yang memiliki kemampuan untuk membangkitkan seseorang dari kematian dan dia digelar sebagai Dukun Anak. Namun dia telah lama menghilang selepas kejadian 3 bulan lalu.

Manakala Jin-hee (Uhm Ji-won) seorang wartawan dari Kementerian Hal Ehwal Sosial, yang sedang menyiasat satu kes pembunuhan bersiri misteri yang dilakukan oleh mayat hidup dan mayat² ini telah dimanipulasi oleh seseorang. Nak kata mayat hidup ini seperti Zombie pun bukan. Malah penampilan mereka lebih dasyat dari Zombie.

Apakah kaitan So-jin ke atas kesemua kejadian misteri itu? Adakah dia dalangnya atau orang lain yang mempunyai kuasa seperti dia?

Review:

Untuk 35 minit pertama sub-plot filem ini sederhana perlahan kerana masing-masing sedang cuba untuk merungkai misteri pembunuhan yang berlaku 3 bulan lalu (drama The Cursed 12 episod (2020), kemudian setelah itu terdapat satu babak itu dah macam tonton filem Matrix lakonan Keanu Reeves dulu pula! Serangan demi serangan dari sekumpulan askar manusia yang telah dirasuk oleh iblis! Menahan nafas sebab terpegun babak tersebut! Dari mana datangnya “askar-askar iblis” ini agaknya? Semua akan terjawab dalam filem sekuel ini.

Bagi yang belum tahu, filem ini adalah sekuel dari drama tahun 2020 bertajuk “The Cursed” sebanyak 12 episod sahaja drama ini dan boleh ditonton secara striming di Netflix manakala sekuel filem The Cursed: Dead Man’s Prey ini boleh ditonton secara striming melalui aplikasi berbayar seperti Apple Tv.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI