HORROR MYSTERY PSYCHO THRILLER (A CURE FOR WELLNESS 2016)

4.6
(7)

Sebuah filem “MASTERPIECE DAN MIND BLOWING” yang ditulis oleh Justin Haythe adalah berdasarkan kisah yang diilhamkan oleh Haythe dan Verbinski yang mana kedua-duanya diilhamkan dari novel Thomas Mann 1924 The Magic Mountain. Plot utama novel Mann juga melibatkan sanitarium di Swiss Alps.

Ramai mungkin yang telah tonton filem ini tidak tahu bahawa terdapat seorang doktor yang sebenarnya telah melakukan kekejaman yang serupa seperti dalam filem ini.

Melalui carian goggle yang min lakukan, Daily Star Online sebelum ini pernah mendedahkan kisah benar di sebalik pembikinan filem seram Blair Witch, The Exorcist dan Bye Bye Man. Ia juga mendedahkan perkara yang sama tentang persamaan filem A Cure for Wellness dengan sebuah kisah benar yang pernah berlaku pada awal 1900-an, yang melibatkan “rawatan spa kesihatan” milik Linda Hazzard yang telah menyebabkan kematian lebih 40 pesakit.

Linda Hazzard mengasaskan “spa kesihatan” di negeri Washington, Amerika Syarikat di mana pesakit perlu berpuasa selama berbulan-bulan dengan diet tomato dan jus asparagus sahaja. Linda percaya bahawa makanan seharian yang dimakan menjadi punca ketidaksuburan, ketidakseimbangan dan toksin kepada tubuh badan manusia.

Golongan kaya yang obses dengan kesihatan dari seluruh dunia berpusu-pusu ke spa kesihatan milik Linda hanya untuk mendapatkan rawatan ini. Salah satu pesakit yang menerima rawatan Linda adalah dua anak perempuan kepada pegawai tentera Britain, Claire dan Dorothea Williamson. Mereka mendapatkan rawatan di spa itu pada tahun 1911 dan hanya dalam masa dua bulan berat badan mereka mencapai 32kg! Yang sadisnya mereka berdua bukan lagi merupakan pesakit Linda, tapi mereka juga dikurung dan dijadikan tahanan sebagai subjek eksperimen Linda!

Difahamkan juga yang Claire cuba untuk melarikan diri dan berjaya merangkak keluar dari spa tersebut tetapi Linda berjaya menghalangnya pergi dari jauh. Tidak berapa lama selepas itu, Claire meninggal dunia dan ketika itu beratnya hanya 22kg! Nasib baik menyebelahi Dora kerana selepas kejadian ngeri yang menimpa saudaranya, Dora berjaya diselamatkan.

Melalui satu dokumentari Female Killers, Candice DeLong, bekas pembuat profil jenayah FBI juga berkata “Saya fikir Linda adalah seorang pembunuh bersiri dan seorang yang sangat kejam pada masa itu. Anda tidak perlu menjadi doktor untuk mengetahui jika anda hanya diberi makan jus tomato cair dan anda akan mati kemudian. Dia tahu akibatnya tetapi dia tetap meneruskan eksperimennya.”

Linda disabitkan dengan pembunuhan pada tahun 1912 dan menjalani hukuman penjara 18 bulan namun dia telah meninggal dunia semasa menggunakan rawatannya sendiri. Dia diserang radang paru-paru apabila menahan kelaparan dirinya selama 25 hari, malangnya ia tidak berakhir dengan baik.

Berbalik kepada kisah filem ” A Cure for Wellness”

Sebelum itu, min ingin mengingatkan bahawa filem ini bergenre thriller ganas dengan beberapa babak seram ngeri dan untuk versi uncut kita akan dipaparkan dengan visual yang agak ganas, kejam dan agak “disturbing”.

Film yang memaparkan sebuah pengalaman visual yang pasti membuatkan kebanyakan penonton terasa kurang selesa, ngilu, geli dan seram ini mengfokuskan tentang misteri sebuah sanitarium di sebuah daerah pergunungan Swiss yang menawarkan “Spa Kesihatan” menggunakan belut dan air sebagai rawatan kesihatan.

Kisah dimulakan dimana Dane DeHaan ditugaskan untuk menjemput majikannya yang sedang menjalani rawatan kesihatan di spa kesihatan yang terkenal di pegunungan Swiss. Spa kesihatan tersebut didakwa memberikan rawatan yang mujarab sehingga para pesakitnya merasa sangat senang dan selesa tinggal di sana tidak ingin pulang. Termasuklah majikan Lockhart (lakonan Dane Dehaan). Lockhart diarahkan untuk membawa pulang majikannya, jika dia gagal maka dia akan dibuang kerja.

Namun, ternyata majikannya sebenarnya telah menghilang. Lockhart yang mula merasa penasaran, cuba menyelidik sebanyak maklumat yang mungkin tentang apa yang berlaku dari mula pemergian majikannya hinggalah saat kehilangannya. Namun semakin dia selidik, semakin dia sedar yang dia sebenarnya telah terjebak ke dalam satu situasi yang sangat menakutkan.

Nak tahu apa yang terjadi seterusnya anda perlu tonton sendiri filem ini ya!

Saat menonton filem ini, baru min perasan yang filem ini sedikit sebanyak seperti filem Shutter Island yang penuh misteri, plot dan twist! Lain dari lain dengan  Semestinya sebuah filem psikologi thriller seram yang wajib menjadi tontonan anda!

Rating min untuk filem ini 8/10⭐⭐⭐⭐.

Jom layan trailer nya dulu

 

 

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.6 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI