SINOPSIS, TRAILER FILEM TERBARU 2022 “THE BURNING SEA”

4.3
(3)

“The Burning Sea’ merupakan filem dari Norwegia yang bertemakan bencana alam yang bakal ditayangkan pada 25 Febuari ini. Ia mengisahkan tentang tragedi kebocoran di pelantar minyak dan menyebabkan letupan serta kebakaran yang dahsyat di tengah-tengah lautan Utara Norwegia.

Memburukkan lagi keadaan, satu malapetaka dan ancaman lain bakal muncul apabila berlakunya retakan di dasar laut akibat dari penggerudian minyak yang berlebihan!

Jika anda pernah tonton filem The Wave, The Quake, maka anda patut tonton filem ini juga kerana ia diarahkan dan ditulis dari pengarah dan penulis yang sama.

 

 

SINOPSIS FILEM

Pada tahun 1969, kerajaan Norway telah membuat satu penemuan salah satu medan minyak terbesar di dunia yang berada di Laut Utara Norwegia dan tanpa memikirkan akibat risiko yang bakal mereka hadapi kelak, kerajaan Norway telah melancarkan penggerudian.

50 tahun kemudian, retakan di dasar lautan mula berlaku dan menyebabkan pelantar minyak runtuh. Sepasukan penyelidik, termasuk pengendali kapal selam Sofia (lakonan Kristine Kujath Thorp), bergegas masuk untuk mencari punca kerosakan, tetapi apa yang mereka jumpa adalah lebih menakutkan dari apa yang mereka jangkakan!

Ketika pemindahan pelantar minyak dijalankan, kekasih Sofia iaitu Stian (lakonan Henrik Bjelland) pula terperangkap di kedalaman laut dan Sofia perlu menyelam untuk menyelamatkannya.

TRIVIA

Syarikat Eelume yang dipaparkan dalam filem itu sebenarnya wujud di kehidupan sebenar dan robot bawah air yang digunakan juga adalah produk sebenar!

TRAILER

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI