7UJUH (2018)

5
(4)


7ujuh merupakan sebuah filem bergenre seram ngeri arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin terbitan bersama Grand Brilliance. Filem ini berlatarbelakangkan tahun 70an, di mana tujuh orang sahabat pergi bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman semasa cuti semester. Banglo tersebut dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya iaitu Suri. Tujuh sahabat ini telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Selepas kejadian itu, Suri telah membunuh diri dan bersumpah akan menghantui hidup tujuh orang sahabat itu. Segalanya bermula semenjak kematian suri. Satu demi satu sahabat diganggu oleh roh suri sehingga ada kematian.

 

Secebis ulasan 

Jika  pada awalnya penonton melihat pada poster filem dan trailer, penonton akan meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem ini. Tapi bagi saya, filem ini hanyalah 30% seram dan selebihnya lebih kepada konflik drama. Walau bagaimanapun, filem ini dapat menarik minat saya untuk menonton hingga ke penghujung kerana plot filem ini mudah untuk difahami dan filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Johan As’ari, Cristina Suzanne, Siti Saleha, Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Deedee Nash, Riz Amin, Marsha Milan, Wan Hanafi Su, Faizal Hussein.

Saya beri pujian kepada pengarah kerana agak berani mengetengahkan isu homoseksual dan memberi fokus kepada hubungan lesbian secara terang-terangan serta berparti dengan arak dan dadah. Jika penonton pandang pada sudut positif, pengarah cuba mendidik penonton dengan menekankan betapa bahayanya pengambilan minuman akohol berlebihan dan impak pengambilan dadah sehinggakan boleh mengakibatkan kematian. Namun, isu ini bukanlah plot utama dalam filem ini.

Plot yang sedikit dragging pada awal filem akan membantutkan tontonan bagi segelintir penonton. Namun bagi saya ia cukup memberi pengenalan yang jelas bagi filem ini. Babak jumpscare yang kurang tapi tepat pada masanya yang menjadikan filem ini lebih menarik. Sinematografi yang cantik, berjaya mengekalkan elemen seram serta penonton akan turut serta merasakan era tahun 70an. Barisan pelakon hebat dalam filem ini adalah pelengkap yang menjadikan filem ini menarik dan patut ditonton. Sedikit kecewa dengan penggunaan prop dimana rambut palsu beberapa pelakon kelihatan tidak kena. Namun ia tidaklah mencacatkan filem ini. Secara keseluruhannya, filem ini berbaloi untuk ditonton.

tontonlah di aplikasi strim popular, VIU.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI