10 Filem Thriller Terbaik yang Penuh Kejutan!

0
(0)

Terdapat banyak filem thriller popular yang menampilkan suasana tegang dan banyak kejutan khas buat para penonton. Berikut ini adalah antara 10 filem thriller terbaik sepanjang zaman yang memberi banyak suntikan kejutan dalam penceritaannya. 




  1. The Dark Knight

 

Filem thriller adiwira ini ditayangkan pada tahun 2009. Diarahkan oleh Christopher Nolan, menceritakan tentang Batman yang bekerja sama dengan Leftenan Jim Gordon dan peguam Harvey Dent dalam memerangi jenayah di Gotham. Usaha mereka selalu dihalang oleh penjahat misteri dan kejam yang dikenali sebagai Joker. 




  1. Parasite

 

Industri perfileman Korea Selatan memang sangat terkenal dengan filem-filem thriller keluaran mereka. Parasite merupakan salah sebuah filem thriller Korea Selatan yang mendapat sambutan hangat pada tahun 2019. Jalan cerita yang sangat genius tentang keinginan untuk menjadi orang kaya, tetapi dibungkus dengan kisah yang sangat rumit. 




  1. Macabre

 

Negara seberang, Indonesia juga mempunyai filem thriller yang sangat menarik. Macabre atau Rumah Dara adalah filem thriller Indonesia yang ditayangkan pada tahun 2009. Dibintangi oleh Shareefa Daanish dan Julie Estelle, Macabre mengisahkan tentang Adjie dan Astrid yang mahu berpindah ke Sedney. Pasangan suami isteri ini dihantar oleh kawan-kawan mereka ke lapangan terbang. 




  1. Inception

 

Ramai penonton yang terpaksa menonton Inception berkali-kali untuk memahami jalan ceritanya. Mengisahkan tentang Dom Cobb, seorang pencuri profesional yang boleh mencuri maklumat melalui keadaan dinbawah sedar. Dia mendapat misi untuk memasukkan idea tertentu dalam fikiran seorang target. 




  1. The Silence of the Lambs

 

Menceritakan tentang Hannibal Lecter, seorang doktor yang dipercaya oleh seorang ejen FBI untuk menjadi pembuka jalan untuk menenangkan Buffalo Bill, seorang pembunuh upahan. Hannibal Lecter adalah pakar psikiatri yang sangat pintar tetapi dia juga merupakan seorang pembunuh dan kanibal yang berbahaya. Perbualan antara ejen FBI tersebut dengan Hannibal bakal membuatkan bulu roma para penonton berdiri tegak!

 

  1. Se7en

 

Dipuji kerana penulisan skrip yang sangat menarik dan memuaskan, Se7en menceritakan tentang detektif William yang kecewa dengan banyak perkara dan detektif David yang belum lagi cukup pengalaman. Mereka baru berpasangan sebagai ahli pasukan dan mendapat tugas untuk mencari pembunuh bersiri yang menggunakan 7 Deadly Sins sebagai sebab utama setiap pembunuhannya. Bagaimanakah cara mereka menyelesaikan kes ini?

  1. The Prestige

 

Dibintangi oleh Hugh Jackman dan Chrstian Bale, filem yang ditayangkan pada tahun 2006 ini mengisahkan tentang dua ahli silap mata yang saling bermusuhan dan filem ini berlatarkan abad ke-19. Berusaha menjadi ahli silap mata terbaik, kedua-duanya sanggup melakukan pelbagai helah licin. 




  1. Oldboy

 

Film karya pengarah terkenal Park Chan-wook ini ditayangkan pada tahun 2003 dan masih sangat popular hingga sekarang. Menceritakan tentang Daesu, lelaki yang diculik dan ditahan dalam sebuah bilik selama 15 tahun. Dia baru mengetahui bahawa isterinya dibunuh dan dia diperangkap. 




  1. Joker

 

Ditayangkan pada tahun 2019, filem yang dibintangi oleh Joaquin Phoenix ini menceritakan tentang kisah di sebalik watak yang selama ini dikenali sebagai antagonis. Masa lalu Arthur Fleck menyebabkan dia muncul sebagai lelaki badut yang memiliki ilusi seperti yang kita kenali sekarang. Dia melakukan jenayah di Gotham dan selalu bersembunyi di sebalik masalah mentalnya. 

 

  1. Memento

 

Filem neo noir psikologi thriller yang dibintangi oleh Guy Pearce ini juga adalah merupakan antara filem thriller yang memuatkan kejutan didalam penceritaannya. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menderita anterograde amnesia iaitu dia tidak dapat membentuk dan mencipta memori baru. Dia adalah bekas pegawai insuran dan isterinya baru sahaja mati dibunuh. 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI