Filem Seram Korea “Exhuma” Tembus 3 Juta Penonton Selepas Seminggu Ditayangkan

0
(0)

Sudah seminggu ditayangkan di Korea Selatan, filem Exhuma sudah ditonton oleh tiga juta penonton. Jumlah penonton bakal terus meningkat kerana filem tersebut juga bakal ditayangkan di beberapa negara lain termasuk Malaysia. Tayangan di Malaysia dijadualkan pada 14 Mac 2024 akan datang. 

Menurut data distributor Showbox pada Rabu, 28 Februari 2024 jumlah penonton Exhuma telah mencapai 3.09 juta lebih.

Mengikut kutipan data, pada hari Rabu sahaja sudah mencapai 3.3 juta penonton di Korea kerana ada 300 ribu tiket yang ditempah pada pagi hari Rabu.

Exhuma adalah filem seram yang dibintangi oleh Kim Go Eun dan pelakon senior Choi Min Sik. Turut berlakon juga dalam filem ini adalah Lee Do Hyun dan Yoo Hae Jin. Filem ini ditayangkan sejak 22 Februari 2024 di Korea Selatan.

Berdurasi 2 jam 14 minit, filem ini menceritakan tentang usaha untuk mencari penyebab utama masalah dan punca berlakunya peristiwa misteri yang menimpa sebuah keluarga kaya dengan menggali kubur nenek moyang mereka di sebuah kampung terpencil di Korea Selatan.

Kim Go Eun membawa watak sebagai seorang bomoh muda yang terkenal yang dikenali sebagai Hwa Rim.

Sebagai seorang bomoh, Hwa Rim melakukan penggalian kubur supaya boleh melepaskan nenek moyang bersama Bong Gil (Lee Do Hyun). Selain itu mereka juga meminta bantuan peramal Feng Shui (Choi Min Sik) dan petugas perkuburan (Yoo Hae Jin).

Mengapa Kim Go Eun menerima tawaran untuk berlakon dalam Exhuma? 

Kim Go Eun mendedahkan sebab utama dia mahu berlakon dalam Exhuma. Sebab utama pelakon wanita ini menerima tawaran berlakon dalam filem ini adalah kerana pelakon lagenda Choi Min Sik juga terlibat sama dalam filem ini.

“Ketika saya menerima tawaran filem ini, Choi Min Sik sudah disahkan terlibat dalam projek ini. Sudah semestinya saya tidak mahu melepaskan peluang untuk berlakon dengan pelakon yang hebat,” kata Go Eun.

“Itu sebab utama saya memilih filem ini,” jelasnya dalam sidang media yang diadakan di Korea Selatan.

Kim Go Eun belajar dari bomoh sebenar

Untuk mendalami wataknya sebagai seorang bomoh, Kim Go Eun belajar secara terus dari seorang bomoh sebenar. Pelakon ini juga rajin meminta pendapat dan mendapatkan nasihat dari seorang bomoh untuk tampil sempurna dalam filem ini.

Nantikan filem Exhuma di pawagam berdekatan anda pada 14 Mac nanti ya! 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI