Lolita 1998

5
(1)

LOLITA

Release Date: September 1998

Genre: Drama/Romance

Lolita adalah sebuah filem yang berdasarkan dari sebuah novel dengan tajuk yang sama. Novel ini sangat terkenal dengan kontroversinya dimana seorang lelaki pertengahan umur yang jatuh hati dengan anak tirinya sendiri  yang berumur 12 tahun iaitu Dolores Haze. Novel ini ditulis oleh Vladimir Nabokov

Filem Lolita mengisahkan Hambert Hambert seorang lelaki pertengahan umur yang bekerja sebagai seorang Professor dan juga seorang penulis. Dia yang datang kerumah Charlotte Haze untuk menyewa disitu. Ketika dia melawat sekitar rumah tersebut, Hambert melihat Dolores buat pertama kalinya dan terus jatuh hati kepada Dolores. Dolores adalah anak kepada Charlotte yang berumur 14 tahun pada ketika itu mereka memanggilnya dengan panggilan Lo.

Setelah beberapa ketika Hambert menyewa dirumah Charlotte, Dolores seperti cuba menggoda Hambert tetapi Hambert menahan dirinya. Tidak beberapa lama kemudian Charlotte dan Hambert berkahwin. Dan Charlotte menghantar Dolores ke perkhemahan musim panas.

Sepanjang ketiadaan Dolores dirumah, hubungan ibu dan ayah tirinya baik sehinggalah ibunya Charlotte menjumpai sebuah diari Hambert dimana didalam diari tersebut menyatakan dia telah jatuh hati dan tertarik kepada Dolores sejak pertama kali melihat Dolores. Charlotte sangat marah dan menulis surat kepada rakannya untuk memberi amaran tentang Hambert. Tetapi malangnya ketika dia ingin menghantar surat tersebut dia telah mngalami kemalangan dan mengakibatkannya mati di tempat kejadian. Hambert mengambil surat tersebut dan membakarnya.

Setelah selesai majlis pengebumian Charlotte, Hambert menganbil Dolores di tempat perkhemahan, pada awalnya dia memberitahu Dolores bahawa ibunya sakit dan di masukkan ke hospital.

Pada malam itu mereka tidur di sebuah hotel dan pada malam itu Hambert telah berterus terang tentang kematian Charlotte, dan malam itu jugalah hubungan mereka telah berubah mereka bukanlah seperti bapa dan anak tiri lagi. Hubungan mereka menjadi romantik dan seksual. Sejak dari itu mereka mengembara bersama-sama.

Semakin lama Dolores bersama Hambert dia merasakan Hambert semakin menekannya dan mengawal kehidupan Dolores. Sehingga lama kelamaan Dolores menjadi bosan dengan perhubungan tersebut sehingga mereka kerap bergaduh.

Hambert yang sangat menyangi dan mencintai dolores mengetahui bahawa Dolores mempunyai lelaki lain dibelakangnya iaitu Quilty. Quilty adalah seorang pengarah filem. Dolores akhirnya melarikan diri bersama Quilty. Humbert berusaha mencari Dolores dan ingin memujuk supaya kembali kepadanya tetapi usahanya semuanya adalah sa-sia.

Setelah beberapa tahun Hambert mendapat surat dari Dolores. Didalam surat tersebut Dolores meminta duit dari Hambert. Hambert yang masih menyayangi Dolores telah datang berjumpa datang kerumah Dolores. Dolores kini telah mempunyai suami dan sedang sarat mengandung. Rupa – rupanya Dolores telah ditinggalkan oleh Quilty selepas dia enggan membitangi filem dewasa arahan Quilty.

Setelah mengetahui perkara tersebut Hambert telah mencari Quilty dan membunuhnya dengan menggunakan pistol. Kemudian Hambert telah ditangkap oleh polis dan dimasukkan dalam penjara kerana kesalahan membunuh.

Dipenjara dia menulis novel tentang kisah percintaannya dengan Dolores yang dipanggil LOLITA. Hambert telah meninggal didalam penjara selepas beberapa tahun dia dipenjarakan, mankala Dolores pula meninggal ketika melahirkan kerana mempunytai komplikasi semasa melahirkan anaknya.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI