7 Filem “Badass Mom” wajib untuk Ditonton

5
(4)

Seorang ibu sanggup membuat apa sahaja demi keselamatan dan kejayaan seorang anak. Mereka adalah tulang belakang keluarga yang sangat berharga. Disini list 7 filem yang menampilkan ibu-ibu dan wanita- wanita yang berani menempuhi apa sahaja rintangan.

1.Kidnap

Halle Berry memainkan watak seorang ibu yang “badass” yang cuba mencari anaknya yang diculik. Apabila pencarian itu bertukar menjadi aksi kejar mengejar, Berry mesti mempertaruhkan segala-galanya dan memaksa dirinya ke had yang lebih tinggi demi menyelamatkan anak kesayangannya.

Trailer:

2. No Good Deed

Seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak yang tinggal bersendirian. Pada suatu malam rumah mereka didatangi seorang lelaki yang kemalangan mahu meminjam telefon mereka. Perbuatan baiknya telah menyebabkan dia dan anak – anaknya dalam keadaan bahaya.

Trailer

3. Flight Plan

Di dalam filem phsycho thriller ini seorang ibu telah kehilangan anaknya semasa di didalam pesawat. Namun tiada siapa yang nampk dia menaiki pesawat bersama anak perempuannya. Dia nekad untuk mencari anaknya di dalam pesawat tersebut dan membuktikan kewarasannya dan mencari anaknya yang hilang.

Trailer

4. Peppermint

Lakonan terbaik Jennifer Garner. Seorang ibu yang bekerja sebagai pegawai disebuah bank. Di mana hidupnya telah kucar kacir kerana anak dan suaminya telah menjadi mangsa tembakkan geng “Cartel”. Apabila undang – undang tidak membantunya, dia memutuskan untuk membalas dendam dan menyelesaikan dengan tangannya sendiri.

Trailer

5. Breaking In

Semasa shaun Russell dan anak perempuannya melawat rumah persinggahan bapanya yang jauh di perdalaman, mereka telah ditangkap dan diculik oleh perompak yang telah ada di dalam rumah tersebut ketika mereka sedang merompak rumah tersebut. Tetapi perompak tersebut tidak meyangka mereka telah salah memilih mangsa dimana Russell tidak akan berputus asa untuk melawan perompak – perompak tersebut demi menyelamatkan nyawa anak perempuannya.

Trailer

6. Enough

Jennifer Lopez memainkan watak sebagai seorang pelayan di sebuah restoran dan berjumpa seorang lelaki y dan berkahwin. Selepas beberapa tahun perkahwinannya mempunyai seorang anak perempuan dia telah didera secara emosi dan fizikal oleh suaminya dengan teruk. Bagi menyelamatkan dirinya dan anaknya dari menjadi mangsa, dia telah berusaha untuk keluar dari masalah itu

Trailer

7. The Blind Side

“The Blind Side” bukanlah filem membalas dendam atau filem thriller seperti diatas. Tetapi filem ini adalah dari cerita sebenar dimana seorang wanita telah menjadikan seorang remaja gelandangan menjadi anak angkatnya dan berjaya sehingga menjadi pemain “american football” yang berjaya.

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI