Mampukah Bill Skargard Menandingi Brandon Lee Didalam Remake “The Crow”

0
(0)

Filem The Crow yang pernah ditayangkan pada tahun 1994 yang telah menaikkan nama mendiang Brandon Lee yang memegang watak sebagai Eric Draven.

Pada tahun ini, pembikinan semula The Crow bakal menemui penonton dipawagam. Trailer untuk filem ini baru sahaja dikeluarkan oleh pihak Lionsgate beberapa hari yang lalu.

Akan tetapi, walaupun belum lagi ditayangkan, ramai memberi pandangan bahawa watak Eric Draven versi 2024 ini terlalu jauh berbeza dengan Eric Draven hasil lakonan mendiang Brandon Lee. Mereka menyatakan bahawa lakonan mendiang sangat ikonik dan Bill Skargard tidak akan mampu menandingi kehebatan mendiang.

bukan itu sahaja, ramai juga menyatakan bahawa watak Eric Draven sepatutnya harus di lakonkan oleh Jared Leto yang terkenal dengan memegang watak sebagai Joker didalam filem Suicide Squad.

Para penggemar filem menambah lagi bahawa watak ini sangat sesuai dimana watak Eric Draven yang ingin membalas dendam atas kematian kekasihnya ini sepatutnya diberikan kepada Jared Leto berbanding Bill Skarsgard.

Ada juga yang diantara mereka tidak sabar untuk menonton The Crow versi 2024 dimana mereka mahu melihat sejauh mana Eric Draven mampu pergi untuk membalas dendam atas kematian tragis kekasih kesayangannya itu.

Filem The Crow ini sebenarnya adalah sebuah adaptasi dari sebuah siri komik dengan tajuk yang sama. Filem ini telah mendapat kejayaan ang sangat luar biasa pada tahun tayangannnya iaitu tahun 1994. Walaubagaimana pun, Brandon Lee tidak sempat melihat kejayaan filem lakonanya setelah berlaku sebuah insiden kemalangan maut yang telah meragut nyawanya ketika dalam set pengambaran The Crow.

Filem pembikinan semula The Crow dikatakan akan menemui penonton pada bulan Jun tahun ini.

Selamat menonton

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI