Spider-Man Jahanamkan Laman Tiket Online

5
(7)

Peminat-peminat filem Marvel pasti ingat kejadian yang berlaku sewaktu filem Avengers Endgame hendak ditayangkan. Banyak laman-laman jualan tiket online di serata US yang ‘crash’. Perkara yang sama berlaku kepada filem Spider-Man No Way Home.

Pada hari Ahad baru-baru ini peminat memberitahu laman-laman seperti AMC dan Fandango telah ‘down’ disebabkan oleh terlalu banyak permintaan. Namun pada hari Isnin laman-laman kepunyaan AMC, Atom, Fandango, Cinemark dan Alamo Drafthouse telah kembali beroperasi seperti biasa.

 

Dilaporkan perkara ini besar kemungkinan berlaku disebabkan oleh tawaran NFT yang dikeluarkan oleh AMC. Pada hari Ahad lalu pihak AMC mengumumkan tawaran kepada 86,000 pembeli tiket filem Spider-Man No Way Home terawal bakal menerima ‘eco-friendly’ Spider-Man NFT. Namun perkara ini masih tidak dapat disahkan.

 

Sungguh hebat penangan filem terbaru Marvel lakonan Tom Holland ni. Bagaimana agaknya di negara kita ya? Sudahkah anda membeli atau menempah tiket anda?

Jangan sampai terlepas ya!?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI