US (2019)”Kegilaan dua dunia!”

5
(23)

US

Filem psycho thriller /misteri dan agak seram ni memang padu.

Filem yang buat penonton  ‘pecah kepala’ juga menontonnya. Menyeramkan, seriau dibuatnya.

Filem misteri dengan twist yang mencucuk jantung, menyenakkan minda. Jordon Peele mengarahkan filem ini dengan baik sekali.

Pernah tak jumpa orang yang sama sebijik macam kita? Seperti kembar kita, tapi ianya macam wujud dalam dunia lain? Tricky kan.. Diorang panggil ‘doppelganger’.

Empat sekeluarga bercuti dan menghabiskan masa bersama. Mereka ke tempat lama si isteri, bertemu juga dengan sahabat mereka di sana.

Spoiler alert⚠️⚠️

Semasa si isteri kecil, dia pernah mengalami sebuah trauma apabila terjumpa bayangannya sendiri dalam sebuah cermin. Bayang-bayang itu hidup dan mampu berinteraksi. Sebuah kejadian hitam yang dibawanya seumur hidup.

Sekembalinya dia dan keluarganya bercuti disitu, kenangan silam muncul dan si isteri ini dihantui kenangan silam.

Pada suatu malam, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran empat sekeluarga. Orang asing yang tidak dikenali.

Amat mengejutkan empat sekeluarga yang berbaju serba merah itu saling tak tumpah berwajah sama seperti sekeluarga yang sedang bercuti tersebut.

Orang-orang asing itu membawa sebilah gunting tajam sebagai senjata. Mereka bukan datang untuk bersahabat, tetapi mereka datang untuk membunuh manusia-manusia yang berupa serupa seperti mereka.

Wajah yang sama, tapi perwatakan berbeza. Si kembar dari dunia asing itu ternyata terlalu ganas dan liar. Semua mereka tidak mampu bertutur, kecuali kembar kepada si isteri yang trauma itu tadi

.

Disangkakan hanya keluarga mereka didatangi keluarga asing yang menakutkan itu, rupanya penempatan itu hampir ditawan ‘kembar-kembar’ psycho yang berkeliaran.

Mayat bergelimpangan.

Jalan keluar harus dicari untuk menyelamatkan nyawa.

Ending memang bagi geleng kepala habis.

Ahhh kegilaan!!

US mesti ditonton oleh anda peminat-peminat genre misteri dan thriller!!!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 23

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI