SYAMSUL YUSOF MENGAMUK, TEGUR WARTAWAN

5
(7)

“…tolonglah segala ‘news’ kat luar tu, segelintir reporter yang bodoh bangang sangat…”

 

Syamsul yusof, pengarah filem Kl gangster 3 yang bakal terbit, baru-baru ini memuat naik video live di laman Instagram miliknya menegur sikap sesetengah wartawan yang sering membuat ‘headline’ panas terhadap dirinya.

 

HEADLINE BERI TANGGAPAN BURUK

 

Dia kelihatan marah berkenaan tajuk sebuah artikel yang mengatakan beliau tekanan mental. DIa meminta agar wartawan hentikan membuat ‘headline’ yang sebegitu. Menurutnya lagi, dia bukanlah artis pertama yang kena tempias fitnah dan salah tanggapan ’netizen’. Sudah ramai artis bersuara namun tiada perubahan. ‘Headline’ seperti itu memberikan tanggapan buruk kepada artis.

 

TIDAK SUKA MARAH-MARAH

 

Katanya dia tidak suka untuk marah-marah seperti itu namun sekiranya tidak dimarah dan ditegur perkara ini akan berterusan terjadi. Dia kemudian menekankan yang dia tidak maksudkan semua tetapi segelintir wartawan.

 

BERKAT KE REZEKI?

 

Video tersebut diteruskan lagi dengan persoalan adakah berkat rezeki mereka dengan berbuat perkara seperti ini? Syamsul juga memberitahu bahawa mental dia masih kuat, tidak seperti yang tertullis dalam ‘headline’ panas tersebut. Mental dia jadi tidak ok apabila ’headline’ sebegitu dibuat.

 

JANGAN KELUARKAN BERITA BODOH

 

Dia menambah lagi dengan teguran seperti jangan keluarkan berita bodoh, carilah rezeki dengan betul. Dia juga mahukan penjelasan mengapa mereka lakukan perkara sebegini terhadap artis mahupun individu lain. Hentikan menulis artikel yang ‘misleading’. Dia tidak kisah sekiranya yang ditulis itu betul seperti apa yang dia katakan.

 

JAGA ‘CLASS’ SEBAGAI WARTAWAN

 

Teguran dan amaran Syamsul Yusof diteruskan lagi dengan meminta pihak wartawan tersebut menjaga ‘class’ mereka sebagai wartawan. Jangan jadi seperti  blog picisan yang keluarkan berita tanpa usul periksa. Menurutnya lagi, ini bukan zaman artis takut dengan wartawan. Rezeki artis tidak terletak di pen wartawan. Insaf dan berubahlah.

 

Begitulah nasihat dan teguran beliau di dalam video tersebut. Anda boleh menonton video penuh di dalam Instagram milik Syamsul Yusof.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI