5 Filem Hantu Pocong Yang Bakal Mengganggu Tidur Anda

0
(0)

Pocong Origin (2019)

Pocong Origin adalah sebuah filem yang telah ditayangkan pada tahun 2019. Mengisahkan Anta seorang penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman mati keatasnya. Setelah kematian Anta, anak perempuan Anta iaitu Sathi berusaha membawa jenazah bapanya pulang ke kampung halaman bapanya. Akan tetapi perjalanan Sathi membawa jenazah bapanya jadi lebih mencabar apabila diganggu dengan kejadian pelik. Bukan itu sahaja, Sathi jugak sesiki demi sedikit dapat mengetahui kisah silam bapanya yang gelap.

40 Hari Bangkitnya Pocong (2008)

40 Hari Bangkitnya Pocong adalah sebuah filem Indonesia yang telah ditayangkan pada 2008. Filem ini mengisahkan seorang wanita telah mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Setelah kejadian kemalangan itu,  wanita tersebut sering diganggu makhluk ghaib berbentuk pocong sering mengganggu hidupnya.

Pamali: Dusun Pocong (2023)

Filem yang telah viral pada tahun 2023 yang lalu ini menjadi salah satu filem bertemakan hantu pocong terbaik pada tahun lepas. Filem ini juga dikenali sebagai Pamali 2. Filem yang mengisahkan 3 pasukan perubatan dan 2 penggali kubur terpaksa bertugas di sebuah kampung di pedalaman untuk membendung satu wabak yang telah merebak di kampung tersebut. Sepanjang mereka di kampung itu, mereka diganggu dengan hantu pocong setelah ada yang melanggar pantang di kampung tersebut

Momok (2008)

Momok adalah sebuah filem lokal yang telah diterbitkan pada tahun 2008. Filem ini mengisahkan Adlin yang baru sahaja pulang ke kampung halamannya. Setelah sekian lama tidak berbual dengan orang kampung, Adlin pergi ke sebuah warung milik penduduk kampung disitu. Adlin, pemilik warung dan kawan baiknya telah berbual kosong. Lama – kelamaan perbualan mereka mendororong kepada kejadian aneh.

Kisah Tanah Jawa ( 2023)

Filem Kisah Tanah Jawa telah ditayangkan pada tahun 2023, dimana filem ini mengisahkan Hao yang mempunyai kebolehan melihat masa lalu. Satu kejadian dimana Hao telah membantu seorang pelajar yang hilang diculik oleh hantu pocong. Selepas kejayaan Hao membantu pelajar tersebut, kehidupan Hao berubah kerana sering kali diganggu makhluk yang cuba menculik pelajar tersebut.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI