Senarai 15 Filem Seram Korea Paling Mengganggu dan Menghantui!

5
(1)

Filem-filem seram dari Korea Selatan memang merupakan pilihan ramai penonton filem. Jalan cerita yang di luar jangkaan dan babak-babak seram yang membuatkan para penonton berdebar-debar!

 

Berikut ini merupakan 15 buah filem seram Korea Selatan yang boleh menjadi pilihan para peminat filem seram. Awas! Jangan menonton sendirian! 


  • Death Bell (2008)


Filem seram berlatarkan sekolah yang terkenal ini merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang pembunuhan para pelajar di sekolah.

Kesan seram dan kengerian sangat terasa kerana dalam cerita ini, para pelajar dikurung dalam sekolah mereka. Setiap kali ada bunyi loceng, pasti ada seorang pelajar yang ditemui meninggal dunia! 


  • Death Bell 2: Bloody Camp (2010)

Masih dengan konsep cerita Death Bell yang pertama, filem kedua ini adalah tentang sekumpulan pelajar sekolah dan guru yang terkunci di sekolah selepas kematian tragis seorang jurulatih renang.

  • The Uninvited (2003)

The Uninvited yang menceritakan tentang seorang lelaki yang hilang ingatan tentang masa kecilnya dan keluarga asalnya.

Selepas dia melihat sebuah kemalangan, dia mula melihat hantu-hantu dari kemalangan tersebut. 



  • Rampant (2018)

Sebuah cerita seram sageuk yang bertemakan zombie dan pergelutan serta perebutan kuasa di istana. 

  • The Wailing (2016)

Merupakan salah sebuah filem Korea Selatan yang terkenal, filem ini juga menceritakan bomoh dan roh misteri yang merasuk penduduk kampung hingga seorang demi seorang menemui ajal.

  • The Call (2020)

Filem ini sendiri merupakan remake dari filem The Caller yang ditayangkan pada tahun 2011. Filem ini mengenai sebuah telepon lama. Seorang wanita secara tidak sengaja menemui telepon lama di rumah zaman kanak-kanaknya. Sejak hari itu, hidupnya mula dihantui!

  • A Tale of Two Sisters (2003)

Dalam filem ini, seorang gadis yang keluar dari hospital mental pulang ke rumah, tetapi dia menyaksikan dan mengalami banyak kejadian aneh di rumah tersebut.

  • The Closet (2020)

Filem The Closet menceritakan tentang seorang lelaki dan anaknya yang berpindah ke rumah baru. Kemudian, anaknya hilang secara misteri. Lelaki tersebut memanggil seorang dukun pengusir syaitan untuk mencari anaknya.



  • Warning: Do Not Play (2019)

Dalam Warning: Do Not Play, seseorang mengetahui tentang sebuah filem terlarang. Dia ingin tahu tentang filem itu. Akhirnya, dia mencari dan menemui filem tersebut tapi dengan keadaan aneh dan mengerikan.



  • The 8th Night (2021)

Filem ini tentang raksasa yang membuka gerbang negara 2500 tahun lalu dan menjadi permulaan penderitaan manusia. 

  • Whispering Corridors 6: The Humming (2020)

Filem ini adalah tentang misteri yang terjadi di sekolah. Tiba-tiba, seorang murid mendengar suara bisikan hantu dalam tandas sekolah tersebut. Seterusnya gangguan menakutkan terus bermula! 

  • 0.0MHz (2019)

Filem adaptasi webtoon ini menceritakan tentang sekumpulan pemuda yang cuba berinteraksi dengan roh dengan menggunakan teori 0.0 MHz. Tanpa mereka sangka, roh jahat dipanggil dan mula bangkit.



  • The Silenced (2015)

Seorang gadis yang jatuh sakit dipindahkan ke sebuah sekolah asrama untuk gadis-gadis yang tidak sihat. Ia merasakan ada sesuatu yang aneh tentang sekolah tersebut, dia menyiasat kebenarannya.



  • The Mimic (2017)

Bagaimana agaknya jika ada roh dan hantu yang boleh meniru suara manusia yang sudah meninggal dunia? Tonton filem ini untuk mengetahuinya, pasti seram! 

  • Horror Stories (2012)

Filem ini mengandungi lima buah filem pendek yang menyeramkan. Salah satu kisah adalah mengenai lima orang individu yang bertahan dari kumpulan zombie dengan suasana yang sangat mengerikan.
 

Para peminat filem seram yang masih belum berkesempatan untuk menonton filem-filem ini boleh meluangkan masa untuk menonton filem-filem yang disenaraikan. Pasti bulu tengkuk anda berdiri tegak kerana filem ini memaparkan banyak jumpscare dan babak-babak yang menakutkan! 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI