BENCANA ALAM TERBESAR “SUPER TYPHOON (2008)”

4.6
(10)

RIBUT TAUFAN TSUNAMI DAHSYAT BAGAI HARI NAK KIAMAT YANG MENGHANCURKAN!

Sebuah filem bencana alam yang dahsyat bakal melanda China akibat pemanasan global. Amaran telah diberi mengatakan RIBUT GERGASI yang digelar PAUS BIRU sedang menuju ke arah bandar mereka!

Harus diingatkan kepada anda semua, cubalah tonton filem ini dengan mata hati anda, bukan hanya dengan berdasarkan citarasa anda kerana walaupun kesan CGI yang digarapkan sepanjang filem ini nampak kurang realistik namun plot penceritaan filem ini ternyata sampai ke jiwa kita, mungkin bukan untuk semua orang tapi rata-rata yang telah menonton filem ini di saluran YouTube (secara percuma), ternyata hampir 90% yang komen menghargai jalan cerita filem ini serta moral dan nilai-nilai murni yang cuba disampaikan kepada penonton.

Walaupun rating IMDb hanyalah 3/10 kerana itu berdasarkan banyak kepada beberapa kritikan yang mengharapkan kesan CGI nya lebih nampak realistik. Namun mengikut sumber, ini tetap tidak menghalang Super Typhoon meraih 10 juta yuan di box office China selama tiga hari pertama tayangannya dan ia juga mendapat sambutan yang luar biasa di negara-negara lain.

Datuk bandar, Wu Gang telah menerima satu panggilan kecemasan mengatakan yang satu ribut taufan gergasi yang akan mencetuskan tsunami bakal menimpa ke bandar yang didiaminya yang berdekatan di pantai selatan China.

Setelah menerima panggilan tersebut, Datuk Wu Gang mengumpulkan semua orang-orang kepercayaan nya di dalam negara untuk berbincang dan mencari solusi bagaimana menghadapi situasi getir ini dan mereka perlu bersama-sama memastikan semua rakyat di bandar tersebut dimaklumkan tentang bahaya yang sedang menuju ke bandar mereka sebentar lagi!

Masa semakin suntuk namun mereka masih memperdebatkannya bagaimana hendak memindahkan kesemua penduduk dalam masa yang begitu singkat!

Sungguh mendebarkan! Sungguh menakutkan!

Jangan lupa saksikan filem ini secara percuma di saluran YouTube lengkap dengan subtitle Indonesia. Taip sahaja tajuk filem ini pasti jumpa.

Sebelum itu, jom berhibur dulu dengan trailer nya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.6 / 5. KIRAAN BINTANG 10

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI