AAMIR KHAN BAKAL UMUMKAN PERKAHWINANNYA YANG KETIGA

5
(4)

Khabar angin bertiup kencang bahawa pelakon filem kegilaan ramai Bollywood Aamir Khan bakal membuat pengumuman tentang perkahwinannya yang ketiga selepas pelancaran filem terbarunya iaitu Laal Singh Chaddha. Aamir Khan bergandingan dengan Kareena Kapoor Khan dalam filem terbarunya tersebut.

Beberapa bulan lepas dunia hiburan dikejutkan apabila Aamir Khan dan bekas isterinya mengumumkan penceraian mereka. Aamir Khan dan Kiran Rao bercerai setelah mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 . Sebelum itu Aamir Khan telah berkahwin dengan pasangan pertamanya iaitu Reena Dutta.

Nampaknya aktor tersohor itu mahu mengecapi kebahagiaan sekali lagi dengan perkahwinan Kali ketiga. Menurut sumber , bintang filem Dangal iaitu Fatima Sana Sheikh ialah penyebab penceraian antara Aamir dan Kiran Rao. Kisah hubungan cinta Aamir dan Fatima Sana Sheikh bertiup kencang dan khabarnya selepas pelancaran Laal Singh Chaddha Aamir Khan akan mengumumkan berita bahagia tersebut.

Walaubagaimanapun, Fatima Sana Sheikh nampaknya berkeras menafikan khabar angin tersebut dan pelakon wanita jelita itu turut menyatakan bahawa dia tiada sebarang hubungan istimewa dengan Aamir Khan. Menurut Fatima lagi, dia tidak mahu orang tersalah anggap tentang dirinya dan dia mahu mengelak sebarang spekulasi dan kontroversi.

Nampaknya para peminat akan terus berteka-teki, kita tunggu sahaja selepas pelancaran filem terbaru Aamir Khan, pasti ada kejutan!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI