IRRESISTIBLE (2021)- DRAMA THAI PENUH DENDAM

4.8
(5)

Drama berisiri dari negara Thailand iaitu IRRESISTIBLE boleh distriming di Viu dengan pelbagai pilihan sarikata. Pastinya ada pilihan untuk sarikata Bahasa Malaysia juga.

Sepasang kekasih merpati dua sejoli bakal melangsungkan perkahwinan mereka,tapi sayangnya sebuah tragedi telah meranapkan impian hidup mereka.

Kakak pada bakal pengantin lelaki ditemui mati dengan tragis. Mati ditembak tepat ke dahi. Lebih malang apabila suami kepada kakaknya yang telah dituduh melakukan pembunuhan.

Kim (bakal pengantin lelaki) dan Mook (bakal pengantin perempuan) keduanya mempunyai pertalian darah dengan mangsa yang dibunuh dan pembunuh yang dituduh.

Wanita yang mati ditembak tepat di dahi itu ialah kakak kepada Kim, manakala suami wanita malang itu adalah abang kepada Mook.

Kim dan Mook terpaksa membatalkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga lantaran dendam yang kini makin hangat membara. Mook setia berada di sisi abangnya yang telah membunuh kakak kepada lelaki kesayangannya sendiri. Kim pula perlu berjuang untuk menegakkan keadilan buat kakaknya.

Kim rasa dikhianati apabila Mook sanggup menipu di mahkamah demi melindungi abangnya. Kim kini bertekad akan membalas dendam akan kematian kakaknya. Pastinya Mook dan abangnya tidak akan terlepas!

Drama bersiri sebanyak 22 episod ini boleh distrim di Viu.

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI