ANJAAM PATHIRA -Sebuah kegilaan yang membunuh!!-

3.9
(14)

ANJAAM PATHIRA

Your sleepless nights are coming…” Satu amaran buat sang manusia bahawa dirinya bakal berdepan cabaran yang bukan kepalang hebatnya!

ANJAAM PATHIRA sebuah filem thriller Malayalam yang wajib ditonton.

Amaran : sinopsis mungkin mengandungi sedikit spoiler-

Seorang anggota polis dibunuh kejam!

Matanya dikorek,jantungnya direntap sewaktu dia masih hidup. Mayatnya dibuang ! Tragis! Kejam!

Jabatan polis gempar, segala persiapan dilakukan untuk menyiasat, seorang pakar psikiatri turut sama hadir untuk menghulurkan bantuan.

Belum pun selesai kes pembunuhan kejam tadi, mayat seorang lagi anggota polis ditemui. Modus operandi yang sama,mayat tanpa mata,tanpa jantung!!

Kini anggota polis dalam kekalutan,nyawa merekalah yang didahagakan oleh pembunuh bersiri gila itu.

Misteri yang sukar dirungkai.
Dendam yang penuh rahsia.

Kegilaan ini tidak mungkin terhenti..

ANJAAM PATHIRA 8.5/10

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 3.9 / 5. KIRAAN BINTANG 14

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI