Bintang Filem Korea Utara kini mengemis

0
(0)

Tidak semegah bintang-bintang filem dari negara jirannya, pelakon-pelakon filem Korea Utara kebanyakannya hidup susah dan tidak cukup duit setelah wabak Covid-19 melanda. Dikhabarkan industri perfileman di Korea Utara tidak dapat menampung kehidupan bintang-bintang filem ini. 

 

Kita juga memang jarang terdedah dengan info dan berita tentang industri perfileman dari Korea Utara. Kebanyakan filem-filem Korea Utara mengenengahkan isu diet di kalangan rakyat, banyak intipati filem berkisar tentang pemakanan ubi kentang. Rakyat diminta untuk makan ubi kentang bagi mencatu sumber makanan. Selain makanan, filem-filem dari negara tersebut mestilah menyematkan semangat cintakan pemimpin negara. Kedengaran agak membosankan bukan? 

 

Agak mengejutkan kerana pada waktu kini, kerajaan Korea Utara mempunyai sikap terbuka terhadap bidang nyanyian kerana isteri kepada pemimpin utama mereka adalah seorang bekas vokalis. 

 

Menurut laporan Daily NK beberapa orang bintang filem Korea Utara kelihatan berkeliaran di sekitar Pasar Okjon, Pyongsong untuk mengemis makanan. Mereka sememangnya kehilangan punca pendapatan sejak berlakunya pandemik. Pelakon-pelakon ini adalah bernaung di bawah The Korea Art Film Studio yang telah ditubuhkan sejak 1947. 

Masalah utama pelakon-pelakon filem ini ialah, mereka tidak boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan apabila mereka sudah terkenal sebagai bintang filem. Sebab utama untuk perkara tersebut ialah untuk menjaga status dan air muka mereka sebagai pelakon filem Korea Utara. Jadi kebiasaannya isteri dan anak-anak mereka yang akan bekerja untuk menyara kehidupan. 

 

“Saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan tanpa bantuan kerajaan, saya tidak boleh bekerja kerana saya terlalu popular.” Demikian kata-kata seorang pelakon yang ditemuramah ketika sedang mengemis makanan di pasar terbuka Okjon. (Sumber: South Pyongan Province)

 

Nampaknya Covid-19 benar-benar memberi kesan hebat ke atas seluruh dunia dan isinya. 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI