Harum Malam Bakal Menghantui Penonton Febuari Ini

4.8
(4)

Harum Malam atau Blood Flower adalah sebuah filem bergenre seram hasil arahan Dain Said. Filem ini akan ditanyangkan diseluruh pawagam pada 9 Febuari ini.

Harum Malam ini dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti Bront Palarae, Idan Aedan, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabilla Huda dan ramai lagi.

Filem Terbitan Apparat ini telah bekerjasama dengan D’Ayu Pictures dan Skop Production.

Dain Sain ini telah dikenali ramai dengan filem-filemnya yang telah memberi impak kepaada penonton iaitu Bunohan yang ditayangkan pada tahun 2011 dan Dukun yang pada asalnya telah difilemkan pada 2006 tetapi disebabkan beberapa kontroversi yng telah berlaku filem itu hanya dapat ditayangkan pada 2018 yang lalu.

Harum Malam yang juga dikenali sebagai Blood Flower ini telah bersaing di Fantastic Feast iaitu sebuah Festival Filem bergenre di Amerika Utara. Filem ini telah bersaing dibawah genre Horror, Fantasy pada September 2022 yang lalu.

filem seram ini mengisahkan Iqbal seorang remaja yang mempunyai “Bakat” yang dapat melihat perkara-perkara ghaib. Disebabkan “Bakat” nya itu, Iqbal sering diganggu dan diancam oleh makhluk dari alam ghaib.

Iqbal terpaksa menggunakan keistimewaannya itu untuk melawan makhluk tersebut walaupun nyawanya bakal menjadi galang ganti.

 

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI