10 Senarai Lelaki Terkacak Didunia Tahun 2023

5
(1)

Senarai 10 lelaki terkacak didunia telah dikemaskini. 8 darinya adalah pelakon-pelakon lelaki yang pernah mendapatkan anugerah dari pelbagai majlis anugerah filem berprestij dunia.

10. Zac Efron

Zac Efron yang terkenal dalm filem musical High School Musical dan The Greatest Showman ini telah tersenarai di tempat kesepuluh. Zac telah memulakan kerjaya seninya sejak umur 11 tahun lagi.

9. Chris Evans

Chris Evans yang juga terkenal dengan watak Captain America ini telah memulakan kerjaya sebagai pelakon padahujung tahun 90-an lagi. Kemunculan pertama Chris di kaca TV adalah didalam siri Televisyen Opposite Sex pada tahun 2000.

8. Bradley Cooper

Majalah People telah meletakkan Bradley Cooper sebagai “Lelaki Paling Seksi” . disebabkan itu, Bradley telah tersenarai kedalam 10 lelaki kacak tahun ini ditempat ke 8.

7. Justin Traudeau

Selain menjadi perdana menteri kanada, Justin Traudeau juga telah memegang rekod sebagai perdana menteri kedua termuda Kanada. Bukan sahaja mukanya yang kacak dan senyumannya yang manis sahaja, tetapi disebabkan keperibadiannya yang hebat beliau telah tersenarai didalam senarai hebat ini.

6. Idris Elba

Idris Elba yng pernah berlakon didalam franchais filem Thor ini pernah memegang gelaran “ Sexiest Man Alive” oleh majalah People pada tahun 2018 telah berada ditempat ke 6.

5. David Beckham

Seluruh dunia mengenali lagenda bola sepak dari England ini. Sepanjang kariernya di Manchester United, beliau telah menjaringkan lebih 100 gol.

4. Tom Holland

Tom Holland telah memulakan kerjaya lakonannya sejak masih kecil lagi. Diawal pengelibatannya, Tom telah berlakon di pentas teater iaittu di THEATER WEST End di kota London. Beliau kini lebih dikenali selepas memegang watak Spider-Man.

3. Kim Tae-Hyung

Kim Tae-Hyung atau dikenali sebagai V aadalah salah seorang ahli kumpulan BTS yang berasal dari Korea Selatan

2. Hrithik Roshan

Pelakon berasal dari India yang berumur 49 ini telah tersenarai ke 2 didalam senarai lelaki terkacak didunia. Kebolahannya menari dengan baik dan rupanya yang disamakan dengan dewa Yunani itu telah menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi kecantikkan matanya yang sangat luar biasa.

1. Robert Pattinson

Robert Pattison yang pernah memegang watak sebagai Batman ini telah tersenarai di tempat pertama didalam senarai ini. Disebabkan info dari The Science And Golden Ratio Of Beauty’s (ukuran sempurna rupa paras), Robert Pattinson telah didapati 92.15% sempurna. Disebabkan info ini beliau yang pernah menjadi igauan gadis-gadis ketika memegang watak Edward Cullen ini telah menjadi lelaki paling kacak pada tahun 2023 ini.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI