SPEAK (2004) – TRAUMA MANGSA BULI

5
(3)

SPEAK merupakan sebuah filem yang menceritakan penderitaan mangsa buli di sekolah. Kristen Stewart tanpa gagal berjaya membawa watak seorang pelajar yang keseorangan dan berjuang dalam ketakutan. Filem genre drama ini adalah berdasarkan sebuah novel dengan tajuk yang sama hasil karya Laurie Halse Anderson. Filem ini telah ditayangkan di siaran televisyen Amerika iaitu Showtime dan Lifetime selepas tayangan perdananya di Sundance Film Festival.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

Melinda ( Kristen Stewart) merupakan seorang pelajar yang berusia belasan tahun. Dia tidak mempunyai kawan dan dia juga tidak pandai bergaul dengan orang sekeliling. Melinda tidak disukai oleh pelajar-pelajar lain di sekolah.

Dia tidak mahu bercakap dan sering dipanggil ke bilik pengetua kerana dia tidak mahu menyertai aktiviti di dalam kelas.

Segalanya terjadi kerana beberapa tahun sebelumnya dia telah diperlakukan seperti binatang oleh seorang pelajar senior lelakinya. Peristiwa buli yang menghancurkan hidupnya itu telah mengupah personalitinya 100% .

Filem ini berjaya membuat Kita memahami kenapa kebanyakan mangsa buli takut untuk tampil ke depan dan mengakui kejadian buli yang telah dilalui. Sebagai contoh , Melinda telah menghubungi polis setelah dia dijadikan mangsa seniornya, tapi apabila polis sampai, dia tidak mampu membuka mulut untuk menceritakan Hal sebenar.

Lakonan mantap Kristen Stewart patut diberi pujian, sebuah filem yang mampu menyentuh hati para penonton. Rasa kasihan pastinya pada anak-anak mangsa buli yang sukar untuk keluar dari dunia ketakutan mereka.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI