THE 33 (2015) BERDASARKAN KISAH BENAR

5
(1)

9/10⭐⭐⭐⭐

One of the BEST survival movie ‼️

Terperangkap diruang bawah tanah selama 69 hari, kelaparan, kehausan, sesak nafas, emosi dan mental breakdown… GOSHH!! Tak terbayangkan betapa menderitanya mereka semua ketika itu..kalau I..nyawa dah bagai diambang maut dah..Goosebumps…‼️ Dan meremang tengkuk bila masuk babak yang lombong tiba-tiba runtuh dan semua berlarian panik dan ketakutan!

Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini adalah tentang 33 orang pelombong emas dan timah San José di Copiapó, Chili pada tahun 2010 yang terperangkap di ruang bawah tanah sedalam 700 meter selama 69 hari.

Sebelum kejadian, ahli Geologi telah mengingatkan yang kawasan itu adalah tidak selamat untuk dilombong, termasuk salah seorang pelombong (ketua pelombong – Lakonan Antonio Banderas) juga menyedari bahaya yang bakal mereka hadapi namun apakah daya, mereka sekadar buruh kasar yang makan gaji untuk melanjutkan kelangsungan hidup demi keluarga mereka yang menunggu kepulangan mereka, perintah pihak atasan tidak mampu mereka bantah!

Dahla gaji yang dibayar tidak setimpal dengan risiko kerja mereka..such a selfish punya boss! (Anda boleh buat carian goggle dan bacalah kisah disebalik kejadian ini yang ditulis oleh Journalist, memang sakit hati! Disebabkan kejadian ini juga kesemua mangsa disenarai hitam oleh mana-mana syarikat pelombong)

Ketika kejadian, satu-satunya jalan keluar pula tertutup dan dihalang oleh batu yang sangat besar. Semua dah mula PANIK! TAKUT! RISAU!

Saat yang paling heart breaking adalah bila mereka menaruh harapan dan percaya jika mereka akan diselamatkan kejap lagi, namun.. berjam-jam lamanya berlalu, berhari-hari lamanya berlalu, harapan dan kepercayaan mereka mula pudar.

Walaupun dari sisi hitam kisah ini agak menakutkan, menyayat hati namun kisah² survival para pelombong ini juga memberi kesan goofy dan humor pada emosi kita dan membuat kita as penonton pun boleh tersenyum tawa..such an inspiration moment! Betapa tabah dan sabarnya mereka!

Setiap pembawakan watak cukup menyentuh emosi dalam setiap babak hingga kita dapat turut merasakan apa yang terjadi. WORTH OF WATCHING ‼️ SESUAI DITONTON SEMUA‼️

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI