SERAM MISTERI “THE UNINVITED (2009)”

4.8
(4)

Yang “tidak dijemput” sedang memerhati

Sebuah filem “SERAM THRILLER MISTERI” yang diadaptasi dari filem versi Korea iaitu “The Tale of Two Sisters”. Barisan pelakon utama Emily Browning, Elizabeth Banks dan Arielle Kebbel. Bagi yang telah menonton versi Korea boleh cuba tonton versi remake US ini juga. Kedua-dua filem mempunyai kelas dan keunikannya sendiri walaupun konsep nya adalah sama namun yang versi US ini dihadirkan dengan elemen SX dan SG yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Kisah filem ini dimulai dimana Anna (lakonan Emily Browning) yang mengalami masalah mental dan depresi setelah kematian ibunya (lakonan Maya Massar) telah dibawa pulang oleh ayahnya (Lakonan David Strathairn) dan kakaknya Alex (Lakonan Arielle Kebbel) ke rumah ayahnya semula setelah dirawat di rumah sakit jiwa selama 10 bulan.

Setiba di rumah ayahnya, Anna dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita yang rupanya adalah kekasih kepada ayahnya, Rachel (Lakonan Elizabeth Banks). Rachel sebenarnya adalah jururawat peribadi yang pernah menjaga arwah ibu Anna dan Alex. Dan situasi ini menambahkan ketegangan dan emosi kepada dua beradik ini kerana mereka tidak suka dengan kehadiran Rachel di dalam keluarga mereka.

Sejak kembalinya Anna di rumah itu, Anna sering didatangi mimpi buruk dan kejadian-kejadian aneh seperti penampakan oleh arwah ibunya yang seolah-olah memberi petunjuk bahawa kematian ibunya bukanlah disebabkan kemalangan.

Sejak itu, Anna dan Alex mula mencurigai Rachel dan cuba menyiasat latar belakang Rachel. Yang mengeruhkan keadaan lagi, bekas kekasih Anna, Matt (Lakonan Jesse Moss) tiba-tiba mati dengan ngerinya apabila cuba membantu Anna untuk mengungkap misteri kematian ibunya.

Agak-agaknya guys siapakah pembunuh sebenar Ibunya dan Matt? Benarkah Rachel disebalik kejadian ini semua atau ada sesuatu lain yang ayah Anna dan Alex cuba sembunyikan?

Yang pasti filem ini akan membuat anda terpaku sebentar dan diselubungi misteri untuk memikirkan plotnya kemudian membawa anda kepada twist yang cukup hebat di saat-saat akhir filem ini. LUAR JANGKAAN! LUAR BIASA!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI