‘THE SILENT SEA’ TERIMA BANYAK KRITIKAN NEGATIF DARI PENONTON! SIAPA YANG KRITIK TU?

5
(5)

Siri terbaru Netflix ‘The Silent Sea’ yang begitu dinantikan oleh para peminat filem dari Korea Selatan ini telah mendapat kritikan negatif daripada penonton…

Bertentangan dengan jangkaan yang tinggi, siri Netflix Korea terbaru ini dikatakan telah mendapat ulasan negatif daripada para penonton…

Di peringkat antarabangsa, ‘Hong Kong South China Morning Post’ menggelarkan rancangan itu sebagai “Siri TV Netflix paling teruk tahun ini” dan penonton lain pula mengulas, “Saya hanya mampu menonton sehingga Episod 3 sahaja dan terus keluar dari applikasi Netflix ini”

Ulasan penonton juga menegaskan bahawa siri ini mempunyai “reka bentuk yang lemah”  ditambah “jumlah pertempuran kapal angkasa yang mengelirukan” dan “perjalanan di bulan yang aneh”..

Mengikut data yang dikumpul oleh ‘Netflix Patrol‘ pada 25 Disember yang lalu menunjukkan bahawa filem ‘The Silent Sea’ menduduki tempat #7 dalam senarai program TV Netflix Global, yang merupakan satu kekecewaan relatif berbanding kedudukan #1 bagi filem ‘Hellbound’..

Menurut media, Netflix juga melihat perkara ini sebagai tanda-tanda amaran bahawa filem ini akan mengurangkan subscribers Netflix baharu yang berminat dengan siri sebelum ini seperti ‘Squid Game’ dan ‘Hellbound‘..

Platform OTT ini sememangnya telah menyaksikan lebih sedikit subscribers baharu selepas kejayaan ‘Squid Game‘.. Matlamat asalnya adalah untuk mendapatkan 8,500,000 subscribers Netflix baharu menjelang Q4 nampaknya menjadi “sukar,” menurut pakar media..

The Silent Sea,’ lakonan Gong Yoo dan Bae Doo Na, ialah drama Sci-Fi (SF) pertama dari Korea Selatan. Dalam naratifnya, Agensi Angkasa Republik Korea telah menghantar kru elit mereka ke sebuah pangkalan penyelidikan yang terbengkalai di bulan untuk mencari penyelesaian kepada masalah kehabisan sumber penting di bumi..

Anda semua dah tengok ke filem ‘THE SILENT SEA‘ ini? Apa kata anda?

Sumber : Naver & Allkpop

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!