THE EVIL DEAD (2013)

5
(4)

Segalanya Bermula Dengan Mantera Yang Dibaca “Kunda, Estrata, Montose, Conda

Bagi yang belum tahu, filem ini adalah remake dari The Evil Dead 1981 dan kedua-dua filem ini pernah senarai hitam di Finland, Ukraine dan Singapura kerana tahap keganasan dan bahasa yang digunakan sangat ekstrem bagi negara mereka. Jika hendak dibandingkan versi lama, bezanya sikit sahaja cuma versi lama ada diselitkan unsur-unsur komedi kerana ada Bruce Campbell. Manakala yang 2013 ini lebih serius dan intense! Walaupun ada yang review versi lama lebih seram, tapi min masih suka versi ini kerana versi baru 2013 ini 10 kali JAUH LEBIH “BLOODY, GORY AND CREEPY”. Bayangkan versi 2013 ini sahaja mereka gunakan 70 ribu gallons darah palsu dan 50 ribu gallons untuk babak-babak akhir!

Salah satu babak yang min suka adalah babak yang Jane Levy diikat dan dibakar oleh bapanya sendiri kerana dirasuk dengan kuasa jahat yang sukar untuk dilawan. Mencarut habis ketika dia  dibakar itu, tergelak min! Katanya: “I’LL RIP YOUR SOUL OUT, YOU PATHETIC FUCK!”

Cukup intense kan? Jadi bagi peminat genre seperti ini yang belum pernah tonton, boleh juga mula tonton dari versi awal The Evil Dead 1981; Evil Dead 2 1987 dan Evils Dead 3 Army of Darkness 1992 dan juga drama bersiri nya Ash vs Evil Dead (2015). Semua pun menarik dan menghiburkan, ada kelas dan keunikannya tersendiri.

Jom kita baca sedikit kisah tentang filem ini:

Jalan cerita dan setiap karakter dalam filem ini telah diubahsuai dan agak berbeza dengan plot versi asalnya, namun ia masih mengekalkan konsep yang sama. Kisah dimulakan dengan satu babak dimana seorang gadis sedang dibakar hidup-hidup oleh bapanya kerana dirasuk oleh roh jahat.

Kemudian kita akan dibawa ke babak lain dimana sekumpulan remaja secara tidak sengaja tersesat di sebuah hutan dan menjumpai sebuah kabin usang yang tidak berpenghuni. Salah seorang dari mereka secara tidak sengaja telah menjumpai sebuah buku kuno dan membaca mantera yang terkandung didalam buku tersebut tanpa mengetahui yang dia mantera itu sebenarnya adalah untuk menyeru kuasa jahat yang telah dikurung.

Dan tidak berapa lama kemudian, berlakulah kejadian-kejadian aneh dan mengerikan di dalam kabin itu dan satu persatu dari mereka diganggu dan dihantui oleh roh jahat tersebut. Klimaks filem bermula apabila roh jahat itu telah merasuk salah seorang remaja perempuan yang bernama Mia (lakonan Jane Levy).

Ok nak tahu apa jadi seterusnya, anda semua perlulah tonton sendiri dan rasakan debaran dan ketegangan yang disajikan sepanjang filem ini.

BERITA BAIK BAGI PEMINAT!

Evil Dead sekuel akan muncul semula pada tahun 2022 yang bertajuk “Evil Dead Rise’ melalui siaran HBO Max yang diarahkan serta kerjasama antara Sam Raimi dan Bruce Campbell!

Filem Evil Dead 2013 ini anda boleh tonton di NETFLIX. Sebelum itu jom kita saksikan dulu dengan trailernya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI