Carrie 1976

5
(1)

Pada permulaan, Carrie(Sissy Spacek) digelak oleh sekumpulan rakan sekolahnya kerana panik apabila dia ‘datang bulan’. Kenapa Carrier yang sudah berumur panik? Kerana ibunya tidak beritahu dan mengganggap perkara itu sebagai dosa.

Semasa Carrie dikepung dan diketawa, Miss Collins datang selamatkan dia. Tapi, Carrie yang masih berada di dalam keadaan panik tidak dapat dengar panggilan Collins dan Carrie buat pertama kali nampak kuasa telekinetik dia yang terpendam.

Miss Collins kemudian memanggil kumpulan yang mengetawakan Carrie dan mereka diarah untuk menghadari kelas tahanan. Christine, tidak akur dengan hukuman itu walaupun dia akan dihalang untuk menghadari Prom Night.

Sue, berasa serba salah atas tindakan dia semasa mengetawakan Carrie, memujuk teman lelakinya, Tommy, untuk ajak Carrie ke Prom Night. Sue juga adalah orang pertama yang perasaan kuasa Carrie. Miss Collins mengetahui idea Sue, berasa ia adalah rancangan untuk mengenakan Carrie.

Collins menasihati Carrie mungkin Tommy bersangka baik dan memujuk dia pergi ke Prom Night

Carrie, walaupun dihalang ke Prom Night oleh ibunya, dia tetap pergi dan buat pertama kali berasa dirinya diterima dan bahagia.

Semasa Carrie menyambut kemenangan Prom Queen, dia dicurah darah vavi yang dirancang oleh Christine dan Billy(John Travolta).

Segalanya berubah berikutan tumpahan darah ke atas Carrie, selain Sue, semua hadirin lain dikurung bersama Carrie dan dewan Prom Night dibakar dengan kuasa telekinetik

Christine dan Billy yang berjaya melarikan diri dahulu terserempak dengan Carrie semasa dia berjalan balik ke rumah. Dalam cubaan mereka untuk merempuh Carrie, kereta mereka diterbalikkan dan kemudian terbakar.

Dengan hati yang teruk dilukai, Carrie balik ke pangkuan ibunya demi mencari ketenangan. Dukacitanya, ibu dia yang telah hilang akal cuba membunuh Carrie semasa di dalam dampingan.

Selepas kematian ibunya, rumah Carrie mula runtuh dan Carrie juga terbenam bersama.

Cerita berakhir dengan Sue pergi ke rumah Carrie yang runtuh untuk memberi last respect, namun.

 

Facts :

1. Sudah ada beberapa adaptasi filem Carrie, tapi Stephen Kings masih memberi pujian kepada versi Brian de Palma walaupun konsep pengarah tersebut lari sikit.

2. Sissy Spacek rela tidak tukar baju / mandi selepas dicurah darah untuk 3hari semata mata untuk memelihara kesinambungan wataknya.

3. Suami Sissy ditugaskan untuk mencurahkan darah dalam set penggambaran.

4. Suami Sissy juga yang menggali kubur/lubang di rumah runtuh itu.

 

#horror

#fantasy

#stephenkings

#psychothriller

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI