NAANDHI (2021)

5
(7)

BERDASARKAN KISAH BENAR PEMBUNUHAN BERPROFIL TINGGI

Dia seorang lelaki yang tidak bersalah dan menjadi kekejaman polis sehingga menghabiskan bertahun-tahun di penjara yang penuh brutal sambil menunggu perbicaraan pembunuhannya!!

Secara jujur min katakan mungkin filem ini agak berat dan memberi kesan yang sangat emosional kepada sesetengah orang termasuklah min.

AMARAN KERAS – Sediakan tisu dan jauhkan juga benda-benda tajam dan keras dari sisi anda!

NAANDHI (PERMULAAN)

Bermula dengan satu konspirasi penipuan jual beli tanah oleh bekas pejabat Kementerian Dalam Negeri, Surya Prakash (watak utama) yang dijadikan kambing hitam untuk kesalahan yang dia tak buat. Sudahlah selepas itu dia kehilangan mak bapanya kerana kedua-duanya disyaki bunuh diri kerana terlalu sedih dan tidak tahan dengan penderitaan yang anak mereka terima.

Babak dimana mak ayah dia merayu-rayu menuntut keadilan itu sangatlah sedih dan mencengkam jiwa min! Menitis air mata min dehh! 

Cuba anda bayangkan sendiri, kalau di filem sahaja sudah macam ini situasi lakonannya, apatah lagi kejadian yang sebenarnya! Sangat-sangat kejam! Ketika menonton filem ini, emosi min penuh naik turun macam roller coaster!

Kenapa min emosi sangat? Kerana dia dituduh membunuh dan melakukan kekejaman terhadap seorang aktivis terkenal yang bernama Raja Gopal. Bukan setakat dituduh dan dijadikan kambing hitam sahaja, malah dia disiksa dengan brutal dan sadis supaya mengaku bersalah! (Poster dibawah ini adalah dimana dia diikat dan digantung sambil dipukul bertubi-tubi!)

Lakonan Surya and polis korup itu juga sangat realistik! Surya disiksa dengan kejam guys namun dia tetap dengan pendiriannya dan enggan mengaku bersalah walaupun telah disiksa bertubi-tubi. ARRGGG!!! BENCI, GERAM GILA DENGAN POLIS-POLIS KORUP ITU SEMUA!

Akibatnya, Surya telah dipenjarakan selama 5 tahun dan selama berada di dalam penjara pun hidup dia masih tidak tenang dan jiwanya kacau berkecamuk! Memikirkan mak bapanya dan kekasih yang bakal dikahwininya. Bagi dia semua itu telah hancur! Di dalam penjara itu juga dia digasak, dibuli dan disiksa oleh kawanan banduan yang semestinya telah diupah oleh polis korup CI Kishore itu.

Sehinggalah suatu hari, seorang peguam wanita Aadhya datang menemuinya serta membebaskannya dari penjara. Aadhya dengan sukarela bersedia untuk membantu Surya dan membuka semula kes siasatannya kerana Aadhya tahu ada kejanggalan dengan kes ini.

Dapatkah Suryan berjuang menuntut bela ke atas kekejaman yang dilakukan kepada dirinya dan keluarganya? Atau dia masuk penjara semula kerana cuba bermain api? Mampukah peguam itu membuktikan kejahatan dan korupsi yang dilakukan oleh pegawai polis korup itu serta konco-konconya?

Sememangnya filem ini WAJIB menjadi tontonan anda semua! Ada kejutan dia di akhir babak yang pasti tidak senang duduk kita dibuatnya! Babak-babak dalam mahkamah pun sangat menegangkan dan mendebarkan!

Mari kita saksikan trailernya dulu

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI