THE AFFLICTED (2011)

5
(2)

THE AFFLICTED adalah sebuah filem yang dihasilkan berdasarkan kisah benar jenayah yang dilakukan oleh Theresa Knorr yang telah menyeksa dan membunuh anak-anaknya sendiri.

Theresa Knorr mempunyai 6 orang cahaya mata dari perkahwinan-perkahwinannya. Wanita kejam itu direkodkan telah berkahwin sebanyak 4 Kali.

Theresa berkahwin di usia muda iaitu ketika umurnya 16 tahun,pada usia 17 tahun dia melahirkan anak yang pertama. Dia telah menembak mati suaminya yang pertama dengan senapang rifle sewaktu dia hamil anak kedua. Selepas sesi perbicaraan yang panjang, Theresa dibebaskan tanpa sebarang cas kesalahan atas alasan mempertahankan diri sedangkan ramai yang bersaksi bahawa suaminya yang ditembak mati itu bukan alkaholik dan ganas(seperti didakwa Theresa).

 

Theresa berkahwin beberapa kali dan melahirkan 4 lagi cahaya mata, perkahwinannya sering dilanda masalah kerana sikap Theresa yang suka keluar untuk mabuk ,curang dan kuat cemburu. Semua perkahwinannya berakhir dengan penceraian.

Theresa tinggal di sebuah apartment 2 bilik bersama anak-anaknya. Wanita kejam itu tidak membenarkan anak-anaknya keluar rumah dan bergaul dengan masyarakat. Jiran-jiran mengadu bahawa unit apartment Theresa berbau busuk dan bau urin dari unit apartment tersebut sangat mengganggu.

Theresa menyeksa anak-anaknya secara mental, fizikal dan psikologi. Selama bertahun-tahun wanita itu menyeksa anak-anaknya dengan pelbagai cara. Antara cara paling kejam yang dilakukan adalah :

  • Memukul dengan keras berulang kali
  • Memaksa anak-anak makan lahap dan terlampau banyak
  • Membakar dan mencucuh anak-anaknya dengan api rokok
  • Membaling pisau ke arah mereka
  • Mengugut bunuh dan mengacukan pistol ke kepala anak-anak

Theresa telah menembak anaknya Suesan kerana dia menganggap anaknya itu telah menjampi dirinya sehingga gemuk. Kegilaan yang nyata!

Dia tidak membawa Suesan untuk rawatan namun membiarkan anaknya itu untuk menemui ajal di tab mandi kediaman mereka. Ajaibnya walau peluru masih melekat di belakangnya, Suesan masih hidup dan sihat kembali. Beberapa tahun selepas itu Suesan dan Theresa bertengkar lagi dan Theresa telah menikam Suesan beberapa kali,tapi ternyata Suesan masih boleh bertahan hidup.

Bosan dengan penderaan dan kegilaan ibunya, Suesan mahu berpindah dan Theresa setuju dengan syarat dia mahu membuang peluru yang melekat di belakang anaknya itu terlebih dahulu supaya Suesan tidak membuat leporan di kemudian hari.

Nasib malang apabila keadaan Suesan memburuk dan ibunya telah membakar Suesan hidup-hidup supaya tidak menyusahkan dirinya.

Selepas kematian Suesan , Theresa mula menyeksa anaknya Sheila. Sheila dipaksa untuk menjadi pelacur bagi menyara keluarga. Kegilaan Theresa terserlah apabila dia menuduh anaknya itu hamil dan mempunyai penyakit kelamin. Sheila meninggal dunia selepas 4 hari diseksa dan dikurung tanpa diberi makan dan minum. Kematian Sheila adalah disebabkan oleh dehidrasi dan kebuluran.

Pada tahun 2011 sebuah filem dihasilkan inspirasi dari kisah jenayah Theresa Knorr. Filem yang diberi judul THE AFFLICTED itu dibintangi oleh Leslie Easterbrook dan Kane Hodder.

Filem ini mendapat pelbagai kritikan , ada yang menyukai tidak kurang juga yang tidak menggemarinya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI