TALVAR (2015) – UNSOLVED MURDERS

5
(2)

TALVAR filem thriller Hindi yang dihasilkan berdasarkan dua kes pembunuhan di India atau lebih dikenali sebagai ‘2008 Noida double murder case’s. 

Pada tahun 2008 seorang gadis remaja dan orang gaji rumahnya ditemui mati. Kematian keduanya kekal misteri dan lebih mengejutkan apabila ibu bapa gadis tersebut menjadi kes kematian kedua mangsa.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

TALVAR

Seorang gadis remaja bawah umur bernama Shruti ditemui mati di tempat tidurnya. Bukan sahaja Shruti yang mati dibunuh, mayat orang gaji keluarga itu, Khempal juga turut ditemui setelah dia gagal dihubungi.

Khempal dianggap suspek utama kerana selepas mayat Shruti ditemui, Khempal juga menghilang. Segalanya menjadi lebih gempar apabila Khempal juga ditemui mati dibunuh!

Kes menjadi amat rumit apabila ibu bapa Shruti disyaki menjadi pembunuh anak mereka Shruti dan Khempal. Khempal dan Shruti dipercayai mempunyai hubungan sulit dan bapa Shruti membunuh mereka atas dasar ‘honour killing‘. Tapi perlu diingat itu hanyalah salah satu teori polis, setelah siasatan dijalankan.

Seterusnya Irrfan Khan memegang watak sebagai Kumar, penyiasat CDI meneruskan siasatan kes ni. Dalam kes ni, kumar tidak percaya yang ibu bapa shruti pembunuh dan bersalah.jadi dia siasat lebih mendalam.

Terdapat suspek lain dan siasatan dijalankan.

Semasa proses siasatan macam-macam perkara timbul, buat Kita berteka-teki.Setiap suspek yang disyaki, semua tidak mempunyai cukup bukti untuk dijadikan kes. Rumit,susah dan memeningkan kepala.

Ibu bapa shruti kah penjenayah sebenar? Kawan Khempal kah? Siapa yang dijatuhi hukuman? Berjayakah kes ini diselesaikan?

8.5/10 TALVAR wajib tonton!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI