Ma (2019) Spoiler alert!!

5
(4)

Title: Ma

Release date: May 2019

Filem ini mengisahkan Maggie dan ibunya Erica yang berpindah semula ke kampung halaman ibunya selepas bercerai dengan ayah Maggie.

Selepas masuk ke sekolah Maggie dengan cepat mendapat kawan baru disekolah tersebut iaitu Haley, Darrell, Chaz dan Andy. Melihat Maggie, Andy tertarik dengan kecantikan dan keperibadiannya dalam senyap dia menyukai Maggie. Haley mengajak Maggie ke sebuah party tetapi Maggie menolak dengan baik kerana ingin pergi kesebuah konsert dengan ibunya.

Keesokan hariny, ibu Maggie terpaksa menggantikan rakan sekerjanya. Dia tidak dapat menolak kerana dia baru sahaja bekerja di bar tersebut. Maggie yang bosan duduk seorang diri dirumah telah bersetuju untuk pergi ke party yang dikatakan oleh Haley. Tetapi malangnya party tersebut telah dibatalkan, Haley telah mencadangkan mereka pergi ke kawasan batu-batuan dimana kawasan itu adalah kawasan terpencil untuk minum minuman keras disitu sehingga mabuk. Maggie dan rakan-rakan yang lain bersetuju dengan cadangan Haley.

Semasa mereka ingin membeli minuman keras di kedai, mereka tidak dapat membelinya kerana mereka masih bawah umur. Disebabkan itu mereka mencari orang dewasa untuk membelikan minuman keras untuk mereka. Apabila sampai giliran Maggie untuk meminta bantuan. Maggie meminta seorang wanita dewasa membantu mereka membeli minuman-minuman tersebut. Wanita tersebut bernama Sue Ann. Sue Ann pun membantu mereka membeli minuman tersebut.

Setelah Maggie dan rakan-rakannya sampai di kawasan batu-batuan tersebut untuk minum dan menghisap ganja, Maggie dan rakan-rakannya terkejut kerana tiba-tiba sebuah kereta polis telah datang kearah mereka. Polis tersebut mengatakan ada seseorang telah Membuat laporan kepadanya tentang aktiviti mereka di kawasan batuan itu. Disebabkan polis itu mengenali ayah Andy mereka dilepaskan dengan amaran keras. 

Pada malam seterusnya, mereka meminta bantuan Sue Ann sekali lagi untuk membelikan minuman keras. Sue Ann tidak terus memberikan mereka minuman tersebut dan membawa mereka terus pergi kerumahnya. Sue Ann mengajak mereka masuk ke bilik bawah tanah di rumahnya. Bilik tersebut mempunyai laluan dari luar rumah untuk masuk ke bilik bawah tanah tersebut. Sue Ann membenarkan mereka boleh melakukan apa sahaja di dalam bilik tersebut tetapi mereka tidak dibenarkan naik kerumahnya. Sejak dari itu Maggie dan rakan-rakannya memanggil Sue Ann dengan gelaran “Ma” 

Selepas tamat sekolah Andy dan rakan-rakannya terkejut kerana tiba-tiba ada sebuah kotak yang ditinggalkan di van milik Andy. Kotak tersebut penuh dengan minuman keras. Dan ketika itu mereka semua mendapat mesej dari Sue Ann mengajak mereka melepak di rumahnya. Malam itu mereka mengadakan sebuah party di bilik bawah tanah di rumah Sue Ann.

Ketika diparti tersebut Sue Ann telah teringat kisah lalunya dimana dia di jemput ke sebuah parti yang diadakan di kawasan batu-batuan. Kembali kemasa kini Haley mahu pergi ke tandas, kerana tandas penuh dia terpaksa pergi ke tandas di dalam rumah Sue Ann. Dia mengajak Maggie menemaninya. Semasa Maggie sedang menunggu Haley, dia terdengar bunyi di tingkat atas rumah Sue Ann. Dengan cemas Maggie mengajak Haley keluar dari situ secepat yang mungkin tetapi Sue Ann sudah mengetahui keberadaan mereka. Sue Ann marah dan menghalau Haley dan yang lain2 keluar dari rumahnya. 

Sejak kejadia itu, Maggie sangat takut dan tidak lagi melepak di rumah Sue Ann. Tetapi Sue Ann masih lagi mengganggu Maggie dan rakan-rakannya dengan menghantar pelbagai mesej. Bagi mendapatkan perhatian, Sue Ann mengatakan dia. Mempunyai masalah kesihatan iaitu dia mempunyai kanser dan Sue Ann mendapat perhatian tersebut. Di dalam masa yang sama Maggie ternampak Sue Ann memakai gelang tangan yang serupa dengan gelang tangan rakannya. Kebetulan rantai milik Maggie juga hilang ketika dia berada ni rumah Sue Ann. 

Untuk menyiasat perkara tersebut, Haley dan Maggie merancang untuk masuk kedalam rumah Sue Ann. Ketika Sue Ann keluar rumah Haley dan Maggie masuk ke dalam rumah Sue Ann. Semasa mereka menyiasat Maggie dan Haley terkejut kerana mereka bertembung dengan anak perempuan Sue Ann iaitu Genie dan lebih mengejutkan mereka kerana Genie bboleh berjalan seperti biasa. Di sekolah Genie memakai kerusi roda. Genie menyuruh mereka cepat-cepat keluar dari rumahnya kerana dia telah terdengar bunyi kereta ibunya. Maggie dan Haley sempat keluar dari rumah Sue Ann sebelum dia sampai kerumah. 

Ayah Andy, Ben menghantar kucing peliharaannya ke klinik di mana tempat Sue Ann bekerja dan dia mengajak Sue Ann minum dengannya selepas waktu bekerja, Sue Ann pun setuju. Semasa di bar, riak muka Ben sangat berubah. Ben telah memberi amaran kepada Sue Ann supaya menjauhkan diri dari anaknya Andy.  Dia mengetahui tentang anaknya Andy yang selalu pergi ke rumah Sue Ann kerana dia telah memasang alat pengesan di van anaknya itu. Tetapi dia tidak tahu aktiviti apa yang anaknya lakukan di dalam rumah tersebut. Setelah Ben pergi Sue Ann teringat kisah lalunya dimana dia telah mengalami sebuah trauma yang tak mampu dia lupakan sehingga dewasa.

Apakah trauma yang di alami oleh Sue Ann sehingga dia tidak boleh melupakkannya? Kenapakah Ben terlalu membenci Sue Ann? Apakah yang ada dirumah Sue Ann? Apakah nasib Maggie dan rakan-rakannya? Untuk mengetahui kesemua jawapan anda saksikan” Ma” di Netflix

Selamat menonton 

Trailer

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI