YAVARUM NALAM(2009)-“Cerita Hantu Tanpa Hantu!!”

5
(19)

YAVARUM NALAM dianggap sebagai salah satu filem  psikologikal seram thriller Tamil terbaik sepanjang zaman. Filem ini juga dihasilkan dalam Bahasa Hindi dengan tajuk 13B : Fear Has a New Address.

Membariskan pelakon-pelakon handalan dari India Selatan seperti Madhavan, Neetu Chandra,Ravi Babu dan Sachin Khedekar. Sebuah filem seram yang akan membuatkan penonton tidak senang duduk dan sering berteka-teki sepanjang masa.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler:

Sebuah keluarga berpindah ke rumah baru. Sungguh bahagia!

Tanpa mereka sedari ,ada gangguan yang bakal menimpa. Walaubagaimanapun hanya seorang ahli keluarga yang perasan akan gangguan yang berlaku.

Bagi mengelakkan ahli keluarganya panik, dia membuat keputusan untuk menyiasat sendiri tentang gangguan yang dialami.

Amat aneh apabila setiap pukul 1 tengahari, akan disiarkan satu drama bersiri yang memaparkan babak sama seperti apa yang terjadi dalam kehidupan keluarga itu sehari-hari.

Kemalangan hampir meragut nyawa ahli keluarganya berlaku, sama seperti babak dalam drama TV yang mereka tonton.

Lelaki itu makin merasa runsing akan kejadian buruk yang bakal menimpa keluarganya. Segalanya menghantui diri.

Dia terus menyiasat, rupanya perkara buruk dan jenayah jahat pernah berlaku.

Bagaimana cara dia mahu menyelamatkan keluarganya dan melepaskan diri dari belenggu gangguan paranormal ini.

YAVARUM NALAM

8/10

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 19

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI