GRIMM LOVE (2006) – KISAH BENAR SEORANG PEMBUNUH KANIBAL

5
(2)

SEBUAH FILEM DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR YANG PERNAH MENGEMPARKAN NEGARA GERMAN PADA TAHUN 2001

GRIMM LOVE (2006) diilhamkan oleh kisah benar yang cukup ngeri di German pada tahun 2001 tentang Armin Meiwes, seorang Technician Komputer yang menjadi terkenal 1 dunia kerana perbuatannya yang membunuh dan memakan daging mangsanya..

Beliau meletakkan iklan di internet untuk mencari seseorang yang sanggup mengorbankan daging badan mereka sendiri untuk meredakan keinginan kanibalnya.. Armin menemui mangsa Bernd Brandes,seorang Jurutera dari Berlin yang dengan rela hati menyerahkan dirinya untuk dijamah tetapi lain pula yang berlaku apabila mangsa semakin tidak sedarkan diri selepas kemaluannya dipotong dan disalai sehingga nyawanya tamat ditangan Armin..

Armin juga sempat merakamkan perbuatan tersebut yang mana sehingga kini video tersebut kekal menjadi rahsia pihak berkuasa German..

Sinopsis :

GRIMM LOVE mengisahkan tentang seorang student graduate yang belajar di German, Katie Armstrong (Keri Russell) cuba menyelidik & menyiasat tentang seorang pembunuh kanibal bernama Oliver Hartwin (Thomas Kretschmann) sebagai subjek untuk tesisnya..Katie kemudiannya menjadi obses/taksub dengan subjeknya, beliau cuba mendalami gaya hidup Oliver hingga beliau melihat sendiri rakaman kanibal tersebut..

Siapa Oliver & Armin ini sebenarnya?

Trivia/Kisah Benar :

Armin Meiwes ketika zaman kecilnya ditinggalkan oleh bapa kandungnya ketika beliau berusia 8 tahun dan Armin hidup bersama ibunya..

Ketika temubual bersama polis, Armin menjelaskan tentang keinginan kanibalnya dan kesunyian hidupnya selepas ibu bapanya berpisah…

Kisah Pembunuhan Bernd Brandes :

Armin mengenali Brandes selepas beliau menjawap iklan yang Armin lakukan untuk mencari seseorang yang sanggup menyerahkan dirinya secara sukarela untuk dijamah tubuh badannya…

Brandes bersetuju dan pada 9 March 2001, Armin membawa Brandes pulang ke kediamannya..Setiba dikediaman, Armin mula membuat rakaman video untuk merakam perjanjian mereka yang mana Brandes bersetuju untuk kemaluannya dipotong dan keinginan mereka bersama untuk makan bahagian kemaluan tersebut…

Sebelum kejadian berlaku, Brandes menelan 20 biji pil tidur bersama ubat batuk supaya kesan khayal dan kepenatan dapat dicapai..Branders dalam keadaan tidak stabil mula memaksa Armin mengigit kemaluannya hingga putus tetapi tidak berjaya membuatkan Armin memotong kemaluan Brandes dengan pisau..

Armin seterusnya menggoreng kemaluan tersebut dengan garam, lada, wine bersama bawang putih tetapi kemaluan tersebut menjadi hangit hingga menyukarkan Brandes dalam keadaan lemah untuk memakan menu tersebut..Armin memotong saki baki kemaluan tersebut lalu memberikannya kepada anjing peliharaannya untuk dimakan..

Armin mengangkat Brandes ke dalam tab mandi dan membiarkan Brandes didalam tab tersebut untuk meredakan kesakitannya tapi Brandes menjadi semakin lemah..

Selepas beberapa ketika Armin membunuh Brandes yang tidak sedarkan diri dengan menikam leher Brandes dan menggantung tubuh Brandes ditempat gantung daging untuk dilapah.Kejadian tersebut dirakam dalam video lebih 4 jam..

Armin membuang saki baki tubuh Brandes dan memakan daging tubuh beliau sebanyak 20kg untuk 10 bulan kemudiannya dengan menyimpan daging tersebut dalam peti sejuk bekunya..

Penangkapan Armin :

Armin ditangkap pihak berkuasa German pada December 2002 apabila seorang pelajar kolej memberitahu pihak berkuasa tentang iklan terbaru Armin yang mencari mangsa seterusnya..

Pihak berkuasa mengeledah kediaman Armin  sehingga terjumpa bahagian tubuh badan dan videotape yang telah dirakam itu..

Pada 30 January 2004, Armin dituduh dan dijatuhkan hukuman  penjara seumur hidup..

Amaran : 

Filem ni ada unsur Gay diawal & dipertengahan cerita ya..So ada scene kissing antara gay..Scene kissing sahaja..Ianya sekadar plot yang ditambah..

Filem Grimm Love pernah kena banned tayangan sekejap apabila Armin mengatakan hak peribadinya telah diceroboh tetapi larangan tersebut ditarik balik oleh Mahkamah Tinggi Sivil selepas menerima rayuan dari pihak produksi..

Filem ini telah memenangi pelbagai anugerah di Festival De Cine De Sitges 2006 termasuk Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Sinematografi Terbaik..

Filem Grimm Love ini boleh ditonton secara penuh di Amazon Prime!!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!