7 Kdrama Tidak Romantik Yang Mempunyai Plot Yang Unik

0
(0)

A Shop For Killer (2024)

  • DisneyPlus Hotstar

  • 8 Episod

Setelah mendapat berita tentang kematian pakciknya, Jian terpaksa menghadapi bahaya sendirian. Serangan demi serangan telah terjadi. Orang yang sepatutnya membantu telah menikamnya dari belakang. Apa yang Jian tidak tahu, pakciknya telah membuka sebuah kedai peralatan dan senjata untuk pembunuh – pembunuh upahan yang membeli barangan dan senjata yang tidak sah di Korea.

 

Taxi Driver (2021 & 2023)

  • Viu & Netflix

  • S1: 16 episod S2: 16 episod

ebuah Syarikat Penganutan Teksi ang dikenali sebagai Rainbow Taxi telah menyediakan perKhidmatan rahsia untuk melindungi mangsa – mangsa pengkhianatan atau jenayah yang tidak diberikan perhatian oleh undang – undang. perkhidmatan teksi ini dijalankan secara rahsia dengan bantuan ahli kru yang lain

 

Vigilante (2023)

  • DisneyPlus Hotstar

  • 8 episod

sebuah drama yang megetengahkan tidak semua penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman mereka akan insaf. Disebabkan dendam seorang pelajar akademi polis di Seoul, Korea telah menghukumpenjenayah – penjenayah yang telah bebas tetapi masih melakukan perkara – perkara jahat.

 

Bloodbounds (2023)

  • Netflix

  • 8 episod

Dua sahabat bekas tentera laut dan juga peninju profesional telah memutuskan untuk  menjatuhkan syarikat pinjaman wang setelah salah seorang dari mereka ah diugut dengan kejam dan resoran ibunya dihancurkan kerana tidak mampu untuk membayar bunga hutang yang terlalu tinggi.

 

D. P (2021 & 2023)

  • Netflix

  • S1: 6 episod  S2: 6 episod

seorang tentera muda telah diserapkan menjadi D.P (Deserter Persuit) dimana dia terpaksa berhaadapan dengan bahaya kerana mencari, menyiasat, dan mengejar keberadaan tentera – tentera ang telah lari ari menjalankan tugas mereka semasa menjalankan tugas sebagai tentera.

 

Mask Girl (2023)

  • Netflix

  • 7 episod

Sebuah Drama ang menjadi perbualan ramai. Drama yang mengisahkan seorang wanita yang terlaluu rendah dii dengan bentuk dan rupa parasnya. akan tetapi, didalam dunia Maya dia adalah dewi yang mempunyai tubuh badan yang sangat cantik. apabila berhadapan dengan peminat – peminatnya di laman digital dia akan menggunakan topeng bagi menyembunyikan mukanya. tetapi disebabkan satu insiden, kehidupannya menjadi kacau bilau setelah berlakunya sebuah kejadian yang mampu mengubah haluan hidupnya kearah kegelapan.

 

Strangers From Hell (2019)

  •  Netflix

  • 10 episod

keputusan untuk berpindah ditengah – tengah bandar Seoul, Korea menjadi salah satu titik tolak perubahan nasib dan haluan hidupseorang pemuda. kehidupannya berubah setelah menyewa sebuah bilik murah di Eden Gosiwon, dimana semua penyewa – penyewa di bangunan itu sangat pelik kecuali seorang doktor gigi yang sering menegurnya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI