Tiger Zinda Hai

5
(1)

Release Date: December 2017

Genre: Action

Filem Tiger Zinda Hai adalah sebuah sekuel dari filem “ Ek Tha Tiger” yang telah di tayangkan pada thunn 2012 yang lalu. Filem aksi lakonan Salman Khan sebagai Tiger dan Zoya isteri kepada Tiger lakonan Katrina Kaif. Filem ini di inspirasikan dari kisah sebenar kes penculikkan 46 jururawat india yang telah diculik oleh ISIS di Mosul, Iraq yang telah berlaku pada tahun 2004 yang lalu.

FIlem Tiger Zinda Hai mengisahkan dimana seorang watrawan Amerika telah diculik oleh tentera ISC wartawan terbabit telah dibawa ke Ikrit. Ketua kumpulan ISC iaitu Abu Usman telaah ditembak di lengannya dan dibawa ke hospital dan hospital itu telah ditawan dan dijadikan markas tentera ISC. Seramai 40 orang jururawat telah dijadikan tawanan mereka. 25 jururawat India dan 15 orang lagi jururawat dari Pakistan.

Pihak Amerika ingin meletupkan pengkalan ISc untuk menyelamankan wartan-wartawan amerika yang telah di tangkap, tetapi setelah dipujuk oleh pihak India iaitu RAW yang diketuai oleh Shenoy, Mereka diberikan masa selama tujuh hari untuk menyelamatkan kesemua jururawat.

Shenoy yang mnempercayai hanya Tiger sahaja yang boleh menjalankan misi menyelamatkan kesemua jururawat dengan baik. Shenoy telah berjumpa Tiger ditempat persembunyiannya. Tiger kini telah hidup bahagia bersama Zoya isterinya, dan anaknya Junior. Shenoy meminta Tiger menjalankan misi yang berbahaya itu, dan Tiger bersetuju.

Tiger pergi ke Syria dan bertemu dengan ahli kumpulannya yang akan bersama-sama menjalankan misi tersebut. Kumpulan mereka dianggotai oleh Azann seorang pakar penembak tepat, Namit pakar bom, dan Rakesh hacker. Mereka diberitahu orang bawahan Usman adalah Al Amir Baghdawi seorang yang sangat kejam mempunyai kilang penapisan minyak.

Setelah sampai di kilang penapisan minyak mereka telah menyamar sebagai pekerja yang baru masuk kerja disitu, mereka telah ternampak Firdauz a.k.a Tohbaan yang menguruskan pekerja-pekerja dikilang itu. Firdauz telah membberikan Tiger amaran upaya berkerja dengan betul dia akan elau mmemerhatikan nya.

Keesokannya, diluar kawasan pekan, Tiger telah menyelamatkan seorangg kanak-kanak bernama Hassan . Hassan telah dijdikan bom manusia oleh Usman. Zoya yang juga ajen rahsia ISI dari Pakistan dalam diam-diam menyelinap melihat pertarungan antara suaminya dan askar ISC bagi menyelamatkan Hassan.

Selepas bertemu dengan pasukan Tiger, Zoya dan ahli pasukannya iaitu kapten Abrar dan Kapten Javed telah memberitahu bahawa Jururawat Pakistan juga telah dijadikan tawanan ISC. Mereka juga dalam misi yang sama untuk menyelamatkan kesemua jururawat tersebut. Tiger dan Zoya berpendapat jika ejen rahsia RAW dan ISI bergabung untuk menyelamatkan kesemua jururawat adalah lebih baik.

Keesokan hari, Tiger dan pasukannya telah merancang untuk meletupkan kilang penapisan minyak tersebut. Mereka merancang hanya untuk kelihatan seperti kemalangan di tempat kerja, Tiger dan ahli kumpulan lain berpura-pura tercedera terbakar ketika letupan itu berlaku.

Al – Amir Baghdawi telah mengarahkan Firdauz menghantar mereka di hopital dimana markas ISC. Semasa dalam perjalanan kendaraan yang membawa mereka telah diserang oleh zoya dan ahli pasukannya. Ketika itulah baru mereka tahu bahawa Firdauz juga adalah salah seorang ajen RAW yang telah lama menjadi perisik di kilang penapisan minyak tersebut.

Kapten Abrar dan Kapten Javed telah menyamar menjadi salah seorang tentera Al-Amir Baghdawi yang menghantar pekerja kilang penapisan minyak itu ke hospital tersebut. Manakala Zoya telah ditugaskan ke sebuah perpustakaan untuk mencari peta bangunan hospital tersebut.

Semasa Zoya sampai dilokasi dia melihat ramai jururawat sedang dalam keadaan tertekan dan berdoa. Zoya telah didatangi seorang jururawat, dia menyatakan mereka akan dibawa ke tempat Al-Amir Baghdawi untuk mencuci lantai disitu, setelah itu mereka akan dijadikan peuas nafsu bagi pengikut-pengikut Al-Amir Baghdawi. Disinilah bermulanya gabungan dua ejen terbaik dari Pakistan dan India untuk menyelamatkan warga negara mereka.

Dapatkah ISI dan RAW melumpuhkan tentera Abu Usman? Apakah nasib yang bakal menimpa kepada semua tebusan?

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI