KAVALUDAARI (2019) – PEMBONGKARAN MISTERI PEMBUNUHAN

4
(2)

KAVALUDAARI merupakan filem dari Sandalwood (Kannada) yang penuh misteri. Genre yang dibawa ialah jenayah,neo-noir thriller. Teraju utama filem ini ialah Rishi, Anant Nag dan Achyuth Kumar. Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal untuk industri Kannada iaitu Hemanth M. Rao.

Filem ini turut dibikin semula (remake) dalam beberapa versi lain seperti Tamil danTelugu.

Sebuah filem yang penuh misteri yang membawa para penonton untuk terus berteka-teki sepanjang plot penceritaan berjalan. Kavaludaari sebuah filem slow burn yang membuatkan kita tertunggu-tunggu akan pengakhiran cerita. Ternyata berbaloi kerana cara penceritaan semula tentang jenayah yang berlaku 40 tahun lalu tampak sangat realistik. Siri flashback yang dipaparkan agak menarik dan tidak membosankan untuk sebuah filem dengan plot perlahan seperti ini. Klimaks filem ini pasti membuatkan para penonton terkaku sebentar.

Awas spoiler :

Tiga rangka manusia ditemui di kawasan sebuah kawasan pembinaan. Shyam(Rishi) seorang anggota trafik yang sudah lama menyimpan impian untuk menyertai polis di jabatan jenayah telah mengambil keputusan untuk menyiasat kes 3 rangka yang baru dijumpai.

Amat mengejutkan apabila didapati 3 rangka yang dijumpai itu merupakan rangka satu keluarga yang dilaporkan telah hilang 40 tahun yang lalu. Lebih gempar apabila salah satu rangka adalah suspek utama sebuah kes pembunuhan.

Shyam bertungkus-lumus menjejak petunjuk-petunjuk untuk merungkai misteri kematian 3 sekeluarga yang tertanam itu dan juga kes pembunuhan yang didakwa dilakukan oleh salah satu mangsa tadi.

Pastinya satu penemuan mengejutkan yang bukan kepalang!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI