Bloody Hell ( Spoiler alert)

5
(4)

Title: Bloody Hell

Release Date: Oktober 2020

Genre: Horror, Action, Comedy, Thriller

Rex adalah seorang veteran tentera yang cuba untuk menawan hati seorang kerani di sebuah bank iaitu Maddy. Ketika di bank tersebut Rex yang mahu mengajak Maddy keluar bersamanya, tetapi malangnya Rex tidak sempat berbuat begitu kerana bank tempat Maddy bekerja telah dirompak. sebagai seorang Veteran tentera dia dapat menyelamatkan keadaan. Tetapi selepas kejadian rompakkan dan serangan tersebut, walaupun Rex telah menyelamatkan banyak nyawa di dalam bank tersebut dia telah dianggap sebagai seorang hero tetapi di makamah rex telah disalahkan kerana tindakkan Rex yang melulu dan bakal membahayakan nyawa orang lain dan Rex telah di penjarakan selama 8 tahun

Selepas 8 tahun Rex dibebaskan. Dia menjadi sangat popular dan wajahnya terpampang di semua majalah sebagai seorang hero. Aksinya di bank tersebut telah kembali tular. Ramai wartawan mengejarnya untuk mengambil gambar Rex. Rex yang mempunyai tabiat pelik iaitu bercakap dengan dirinya sendiri rimas dengan keadaan itu. Rex berjumpa dengan rakannya dan mengambil keputusan untuk pergi ke Finland. Walaupun rakannya memberi amaran di Finland sudah ramai pelacong yang masuk ke Finland hilang, tetapi Rex tidak menghiraukan amaran rakannya dan terus pergi.

Semasa di lapangan terbang ramai peminat Rex mengambil gambarnya. tetapi yang paling menarik perhatian Rex adalah sepasang suami isteri yang tersenyum kepad Rex dengan senyuman yang aneh. Semasa Rex sampai di Finland dia menaiki teksi tetapi malangnya teksi itu menggunakan gas beracun untuk menidurkan Rex pemandu taxi itu telah menculik Rex

Rex tersedar dari pengsannya. dia mendapati dirinya tangannya telah diikat keatas dan sebelah kakinya telah di potong. Dia mendapati banyak darah mengalir dari kakinya kelantai.

Rex bercakap dengan dirinya sendiri ketika itu untuk mengumpul beberapa maklumat. Rex dapat menyimpulkan disitu tinggalnya sebuah keluarga keran Rex melihat terdapat barangan permainan di situ

Di tingkat atas terdapat seorang wanita dan adik lelakinya membaca buku cerita tentang raksaksa yang kuat makan. Pada tengah malam itu, kanak -kanak dalam keluarga tersebut telah turun pergi ke bilik bawah tanah dimana tempat Rex di ikat. Semasa dalam bilik tersebut Rex telah menyerang kanak -kanak tersebut tercedera sehingga pengsan.

Kakak kanak -kanak tersebut mencari adiknya dibilik bawah tanah. Rex menjadikan adik wanita tersebut sebagai tebusan. Wanita yang bernama Alia itu cuba bercakap dengan Rex supaya melepaskan adik nya. Tetap di sebabkan kaki Rex sudah lemah Rex telah terlepas kanak -kanak tersebut. Dengan cepat Alia mengambil adiknya dan di bawa ke atas.

Alia memanggil ibu bapanya dan menyatakan adiknya Olaf telah cedera terjatuh dari katil. Abang – abang dan bapa Alia segera mengangkat Olaf pergi ke hospital. Ibu Alia telah memukul Alia memukul Alia sehingga dia cedera, dia menyatakan Alia adalah anak yang tidak berguna.

Ketika semua orang di rumah itu menghantar Olaf ke hospital, Alia telah curi – curi pergi ke bilik bawah tanah mencuci luka dan membalut kaki Rex yang telah dipotong. Sambil dia menceritakan selain 2 orang abangnya, dia mempunyai seorang lagi abang yang bernama Pati. Pati dari kecil hanya makan daging manusia. Rex disitu akan dijadikan hidangan Pati. Alia juga menyatakan dia pernah membawa adiknya keluar dari rumah itu untuk melindungi adiknya melihat kekejaman dirumah itu tetapi dia ditangkap dan dimasukkan ke sebuah kandang.

Di hospital keluarga Alia mendapat tahu bahawa Olaf bukanlah cedera jatuh dari katil tetapi kecederaannya menepati ciri – ciri bahawa dia sudah di serang. Mengetahui hal itu abang- abang dan pakcik Alia pulang kerumah dan terus menuju ke bilik bawah tanah. Melihat kaki Rex sudah di balut dengan elok mereka mencari Alia. Alia keluar dari tempat persembunyian dan memberi Rex pisau untuk Rex melepaskan diri. Abang-abang Alia mengheret Alia keluar dari bilik itu, manakala pakcik Alia telah memberikan Rex suntikan sehingga dia tidak sedarkan diri.

Ketika Rex sedar sedar dia mendapati pakcik Alia sedang cuba memotong sebelah lagi kakinya. Dengan pisau yang telah Alia berikan kepadanya, Rex berjaya melepaskan sebelah tangannya dan menyerang pakcik Alia dan membunuhnya. Selepas Rex melepaskan diri dia mencari barang mangsa – mangsa tersebut untuk kegunaannya ketika dia melarikan diri.

Di tingkat atas Alia sekali lagi telah dikurung di dalam kandang. Abang – abang Alia yang sedang tidur tidak sedar bahawa Rex sudah terlepas. Rex yang melihat Alia di kurung itu bertarung dengan dirinya sendiri untuk menyelamatkan Alia keluar dari keluarga itu ataupun mementingkan dirinya sendiri.

Adakah Rex akan menyelamatkan Alia? Dapatkah Alia keluar dari kekejaman keluarganya? Selamatkah Rex keluar dari rumah itu? Siapakah Pati yang sebenarnya?

Saksikan pengakhiran kisah Rex di “Bloody Hell”

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI