Pooh Kembali Mengganas Didalam Winnie The Pooh: Blood And Honey II

0
(0)

Setahun yang lalu, selepas kejayaan besar filem bergenre horor slasher triller Winnie The Pooh: Blood and Honey yang petnah mengganas dipawagam, kini Pooh dan rakan-rakannya kembali lagi dengan Winnie The Pooh: Blood And Honey II.

Filem ini telah mengubah persepsi peminat beruang  comel dan montel yang bernama Pooh kepada beruang yang sangat kejam dan mampu membunuh manusia dengan cara yang sangat kejam tanpa rasa sedikit pun kekesalan.

 

Filem ini adalah sebuah filem Indie yang diarahkan oleh Rhys Frake WaterField. Filem pertamanya yang telah ditayangkan pada tahun lepas telah mengutip sebanyak 5.2 juta Dollar US yang menelan perbelanjaan hanya sebanyak 100 ribu Dollar US sahaja.

Diseabkan kejayaan besar dari filemnya yang pertama, Rhys Frake yang pada awalnya tidak berniat langsung untuk melanjutkan sekuel ini telah mengambil keputusan untuk menyambung kebahagian sekuel.

Filem Winnie The Pooh: Blood And Honey II akan ditayangkan dalam masa terdekat iaitu 26 Mac 2024 selama 3 hari sahaja diseluruh pawagam di US.

Filem ini mengisahkan bahawa Pooh dan kawan – kawannya yang lain seperti Tigger, Piglet, dan Owl tidak lagi mahu hanya bersembunyi dikawasan hutan tebal. Pooh dan rakan – rakannya telah membuat kekacauan di bandar kecil berdekatan iaitu bandar Ashdown dengan membunuh penduduk dikawasan tersebut dengan cara yang sangat kejam sehingga menjadi ketakutan diseluruh bandar.

 

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI