Salman Khan Sibuk Sangat, Tiada Masa Untuk Bercinta. Sandra Bullock Tiada Masa Untuk Berkahwin Tapi Sedang Hangat Bercinta!

5
(7)

Salman Khan adalah nama besar dalam industri perfileman India,malah beliau amat dikenali di serata dunia. Anak kepada produser terkemuka Salim Khan itu ternyata belum terbuka hati untuk menamatkan zaman bujangnya.

Memetik wawancara antara Ayush Sharma(adik ipar kepada Salman Khan) bersama Siddharth Kanan, pelakon yang sedang mendaki naik mencipta nama itu berkata bahawa kesibukan Salman Khan dalam mengejar kerjaya membuatkan beliau tidak berkesempatan untuk mencari cinta dan mendirikan rumah tangga.

” Saya tidak menyentuh soal perkahwinannya secara langsung dengan Salman Khan. Cara hidup dan kesibukannya membuat dia tidak mempunyai waktu untuk bercinta dan berkahwin” Ayush Sharma.

Ayush Sharma turut berkata dalam wawancara tersebut “Dia(Salman Khan) adalah orang yang sangat ‘simple’. Dia menggunakan telefon bimbit yang sudah berusia 2-3tahun, dia tidak berminat tentang media sosial,kereta mahupun gajet canggih terbaru. Minatnya hanyalah dunia perfileman’.

Ayush Sharma bekerjasama dengan Salman Khan dalam filem terbaru mereka iaitu Antim. Nampaknya kehidupan yang sangat sibuk menyebabkan Salman Khan yang kini telah berusia 55 tahun tidak dapat memberi komitmen tentang jodoh.

Sementara itu di Hollywood pula, Sandra Bullock yang sedang hangat dilamun cinta bersama teman lelakinya tidak bercadang untuk mendirikan rumah tangga.

Dalam bual bicara Red Table Top, Sandra Bullock menyatakan bahawa teman lelakinya itu adalah cinta hidupnya dan mereka bahagia berkongsi kasih bersama ditemani dua orang anak angkatnya dan anak sulung kepada Randall. Kehidupannya seolah-olah sudah lengkap jadi bagi aktres tersohor itu, perkahwinan bukan satu perkara penting.

Untuk menjadi seorang pasangan yang setia dan ibu yang baik,perkahwinan di atas kertas tidak diperlukan” demikian kata-kata bintang The Blind Side itu dalam wawancara tersebut.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI