JAI BHIM (2021) FILEM YANG MENANDINGI THE SHAWSHANK REDEMPTION (1994)?

5
(5)

Selama bertahun-tahun filem terbaik sepanjang zaman The Shawshank Redemption mengungguli carta undian dan rating tertinggi di IMDb , akhirnya pada tahun 2021 sebuah filem dari India Selatan iaitu Jai Bhim berjaya muncul mengungguli carta IMDb .

Walaubagaimanapun, The Shawshank Redemption masih juara sebenar apabila mengambil Kira jumlah penonton yang mengundi. Meninggalkan Jai Bhim di belakangnya.

Mengikut carta undian Jai Bhim mendapat rating tertinggi iaitu 9.4/10 dengan undian dari penonton sebanyak 155,192  . Manakala The Shawshank Redemption dengan rating 9.3/10 mendapat undian dari 2,503,187 undian.

JHAI BHIM sebuah filem Tamil yang telah menawan hati kebanyakan penonton yang menyaksikannya. Figura bintang tersohor Kollywood iaitu Surya membuat filem ini meletup-letup dan mendapat sambutan hangat.

Filem yang memaparkan debaran di Kamar mahkamah, seorang peguam menentang kekejaman pihak polis. Bunyinya agak cliche untuk sebuah filem Tamil tapi lakonan pelakon-pelakon yang mendokong setiap watak bakal membuat penonton terpukau. Menariknya filem ini dihasilkan dari kisah benar tragedi sekumpulan lelaki berkasta rendah yang diseksa sewaktu dalam tahanan pihak polis. Surya juga membawa watak pejuang keadilan iaitu Chandru. Chandru atau dikenali sebagai Justice K.Chandru merupakan seorang peguam yang berjuang untuk masyarakat kasta rendah di India, kejayaannya dan semangatnya juga merupakan inspirasi untuk menjayakan filem Jai Bhim.

Jai Bhim berkisar tentang perjuangan seorang isteri yang sedang sarat mengandung, mencari keadilan buat suaminya yang telah diseksa di lokap polis dan didakwa telah melarikan diri dari lokap dengan dua rakannya.

Filem ini agak tipikal untuk filem-filem dari India namun ianya mampu membangkitkan rasa semangat berkobar-kobar di kalangan penonton. Walaupun plot filem ini agak senang dijangka,namun elemen dramatik yang dibawa mampu meruntun jiwa setiap mata yang menonton.

Jai Bhim 8/10

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI