Pawn (2020)

5
(1)

Title: Pawn

 

Release date: September 2020
Platform: Viu Malaysia

Pawn bermula dengan seorang penterjemah korea lakonan Ha Ji Won yang hebat berbahasa cina sedang mencari seseorang yang tidak dijumpai selama 10 tahun. Semasa mencari seseorang dia teringatkan kembali kisah lalunya.

Pada tahun 1993 mengisahkan 2 lelaki yang bekerja sebagai pengutip hutang untuk syarikat pinjaman wang. Doo seok lakonan Sung Do Il dan Jong bae lakonan Kim Hee Won. Semasa mereka mengutip hutang dari Myung Ja mereka mengambil anak perempuan Myung Ja sebagai cagaran untuk Myung Ja membayar hutang sebanyak $700 kepada syarikat pinjaman tersebut. Myung Ja adalah seorang pendatang asing di Korea. Semasa dalam perjalanan pulang anak perempuan Myung Ja telah melarikan diri daripada Doo Seok dan Jong Bea, mereka mencari tetapi gagal.

Keesokan harinya, Doo Seok mendapat berita dimana Myung Ja telah ditahan dan akan dibawa pulang semula ke China. Myung Ja meminta Doo Seok memberikan anaknya kepada abannya dan abangnya akan membayar kesemua hutangnya. Myung Ja meminta Doo Seok memberikan alat kelui kepada anak perempuannya Seung Yi.

Pada malam itu dalam usaha Seung Yi melarikan diri, dia telah disapa oleh seorang lelaki gelandangan dan hampir di culik tetapi nasib menyebelahi Seung Yi, Doo Seok sampai tepat pada waktunya dan bagi pengajaran terhadap lelaki gelandangan tersebut. Doo Seok membawa Seung Yi kerumahnya.

Ketika Doo Seok dan Jong bae pulang rumah mereka sangat bersih dan baju telah di basuh oleh Seung Yi. Setelah itu Doo seok mendapat panggilan dari seorang lelaki yang menyatakan dia ialah bapa saudara Seung Yi dan menyatakan dia akan mengambil Seung Yi keesokan hari. Dia meminta Doo seok mencari baju baru untuk Seung Yi. Semasa mencari baju untuk Seung yi, mereka menghabiskan waktu bersama. Sehinggalah pada malam itu semasa Jong bae meleletakkn lilin di atas “choco pie” dan mengucapkan selamat tinggal Seung Yi sedih dan pergi masuk tidur. Doo seok pula seperti berat untuk melepaskan Seung Yi.

Keesokan harinya Doo seok membawa Seung Yi pergi ke stesen bas untuk berjumpa dengan pak cik nya. Tetapi Doo Seok berasa aneh kerana pakciknya itu kelihatan tua dan tidak mengetahui nama Seung Yi, tetapi Doo seok masih melepaskan Seung Yi pergi.

Setelah beberapa hari Doo Seok sangat risaukan keadaan Seung Yi kerana Seung Yi telah berjanji akan menelefonnya, tetapi tiada khabar darinya. Setelah Doo Seok siasat bapa saudara Seung Yi bukanlah bapa saudaranya yang sebenar tetapi seorang lelaki yang melakukan pemerdagangan manusia untuk kanak – kanak seperti Seung Yi.

Disisi lain Seung Yi telah menjadi budak suruhan seorang pelayan di pusat karaoke di busan. Seung Yi membuat kerja- kerja pembersihan seperti mencuci, mengemas dan macam-macam sehinggalah seorang pelanggan mabuk telah membaling cawan kaca kedinding dan terkena Seung Yi sehingga pipinya terbenam serpihan kaca. Wanita itu tidak membawa Seung Yi ke klinik. Pada tengah malam Seung Yi menghantar mesej ke alat kelui ibunya.

Semasa Doo Seok melihat bag Seung Yi dia menjumpai alat kelui ibu Seung Yi. Dia menjumpai mesej dimana Seung Yi berada. Doo seok sanggup ke Busan untuk menyelamatkan Seung Yi. Bermula disini Doo Seok dan Jong bae menjaga Seung Yi seperti anak mereka sendiri, pelbagai halangan dan rintagan mereka bertiga tempuh.

 

Dapatkah Seung Yi bertemu dengan ibunya kembali? Dapatkah Seung Yi mencari seseorang yang telah hilang jejak selama 10 tahun itu? Saksikan kisah mereka yang sangat menyentuh hati di viu dalam Pawn.

Selamat menonton

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI