Kisah Benar – Kumanthong (2019)

4.3
(9)

BERDASARKAN DARI KISAH BENAR

Amalan Ilmu Hitam Yang Dashyat

Kali ini min nak review sebuah filem THRILLER SERAM dari Vietnam. Filem yang diadaptasi dari kisah sebenar ini telah berlaku di sebuah perkampungan Mekong di Vietnam sekitar tahun 90an. Namun sebelum min memulakan kisah tentang filem ini, min nak kongsikan yang filem ini bukankan berkisar tentang hantu ye, ia mengenai seorang dukun yang mengamalkan ilmu hitam demi untuk menghidupkan semula Ibunya yang yang telah mati bunuh diri tapi sebenarnya ia bukanlah seperti yang dia jangkakan. Jadi untuk peminat horror tapi yang tidak suka kisah-kisah menakutkan dengan adanya kemunculan hantu sana sini, filem ini adalah sesuai untuk tontonan anda. Namun harus diingatkan, ada beberapa babak yang tidak sesuai untuk tontonan umum ya.

Bagi min filem ini sangat menarik kerana ia lain dari filem-filem yang mengisahkan tentang ilmu hitam. Apatah lagi filem ini dari Vietnam. Agak kagum juga dengan keseluruhan persembahan para pelakonnya dan penyampaian ceritanya yang cukup kemas dan padat walaupun pada awal cerita ia agak meleret-leret sikit. Dalam minit ke 30 keatas klimaksnya telah bermula.

APAKAH ITU KUMANTHONG?

Pada dasarnya Kumanthong ini asal usulnya dari Thailand sekitar abad ke 15 masihi ketika kegemilangan pemerintahan dibawah kerajaan Ayutthaya di Thailand. Ia juga dikaitkan dengan amalan Necromancy. Mereka diperoleh dari janin yang dikeringkan dari anak-anak yang telah mati ketika masih dalam kandungan ibu mereka. Para dukun dikatakan mempunyai kekuatan untuk memanggil bayi-bayi yang telah lahir ini dan mengambil mereka dijadikan sebagai anak mereka kemudian menggunakan mereka untuk membantu para dukun mencapai matlamat melalui satu persembahan ritual.

Filem ini juga telah diubahsuai sedikit demi mendapatkan kesan dramatiknya namun hala tuju filem ini tetap sama dengan kejadian sebenarnya.

Filem dimulakan dengan kehadiran seorang dukun muda yang dipanggil Dukun Luu Huynh di sebuah perkampungan kecil di Mekong Vietnam. Dia mendakwa dirinya adalah seorang dukun penyembuh yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit jiwa dan orang-orang yang di santet. Kerana kebolehan ilmunya, sekelip mata sahaja dia mendapat kepercayaan daripada penduduk kampung disitu malah dibenarkan untuk membina dan membuka pondok klinik di atas tanah yang dimiliki oleh salah seorang lelaki kaya di kampung tersebut.

Di sisi lain, seorang gadis muda yang bisu bernama Soi telah jatuh cinta pada pandang pertama sejak ketibaan Dukun muda itu di kampungnya. Ketika dukun itu telah siap-siap untuk membuka pondok kliniknya itu, dia telah menawarkan Soi untuk bekerja sebagai pembantunya.

Hari semakin hari pondok klinik dukun itu makin dikenali dan sentiasa dikunjungi oleh pesakit terutamanya kaum wanita. Dan ini menimbulkan rasa kurang senang Soi kerana pesakit-pesakit wanita itu ada juga yang berniat tidak baik dan ingin menggoda dukun itu.

Dukun Luu tahu Soi menyukainya dan akhirnya meminang Soi didepan bapa Soi. Sejak menjadi isteri dukun itu, banyak kejadian pelik dan misteri yang berlaku di pondok klinik tersebut. Dari sini, dapat min saksikan yang sebenarnya dukun ini cukup licik kerana dia menikahi Soi pun sebab Soi ni kan bisu, jadi Soi tidak akan dapat membocorkan rahsia gelap yang dimiliki oleh suaminya.

Suatu hari kampung mereka digemparkan dengan beberapa kes kehilangan gadis-gadis muda. Secara kebetulan, gadis-gadis yang hilang ini juga pernah menerima rawatan di pondok klinik Dukun Luu.

Apakah kaitannya kehilangan gadis-gadis tersebut dengan Dukun Luu? Dan bagaimana agaknya nasib Soi setelah dia mengetahui kesemua rahsia hitam yang disembunyikan oleh suaminya yang bertopengkan iblis itu?

Filem ini pernah ditayangkan di panggung GSC pada 17 Oct 2019 dan difahamkan filem ini adalah 18SG namun ia menjadi P13 kerana banyak babak yang telah ditapis.

Jom layan trailernya

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 9

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI