BANJIR MEMUSNAHKAN RUMAH EBBY YUS

5
(1)

Diwaktu seluruh negara berduka dengan tragedi banjir yang melanda beberapa tempat di Malaysia, pelawak dan pelakon lagenda iaitu Ebby Yus turut diuji hebat apabila rumahnya yang hampir siap dibina musnah sekelip mata dibawa arus deras sewaktu kejadian banjir di Kuala Langat.

Rumah yang dibina separa batu dan Kayu itu adalah hasil titik peluh Ebby Yus sebagai anak seni selama lebih 30 tahun. Pelakon itu dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM200 ribu.

Ebby Yus mencipta nama dalam bidang seni apabila muncul dalam filem-filem dan drama genre pendekar yang menjadi fenomena pada tahun 90an. Beliau membuat kemunculan pertama di layar perak pada tahun 1988 dalam filem TUAH bergandingan dengan Dato’ Jamal Abdillah.

Berikut merupakan sedutan wawancara bersama Ebby Yus di rancangan Meletop yang menceritakan detik tragedi tersebut berlaku.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI