Salman Khan dipatuk ular, digegaskan ke hospital

4.3
(6)

Pada hari Sabtu , 25 Disember, Salman Khan dibawa ke sebuah hospital swasta di Mumbai. Pelakon terkenal India itu dipatuk seekor ular semasa beliau berada di rumah ladang miliknya di Panvel. Dilaporkan bahawa Salman Khan dipatuk oleh ular yang tidak berbisa dan selepas menerima rawatan selama berberapa jam, pelakon filem Bajrangi Bhaijan itu dibernarkan untuk pulang ke rumah.

Rumah ladang milik Salman Khan sangat besar dan lokasinya dikelilingi hutan dan suasana hijau alam. Menurut sumber India Today, kejadian tersebut berlaku sewaktu Salman Khan sedang berbual-bual bersama rakan-rakannya di sekitar perkarangan rumah ladangnya.

Salman Khan dirawat selama 6 hingga 7 jam di hospital. Keadaan aktor Bollywood itu bertambah baik dan kini beliau dilaporkan telah pulang ke rumah ladangnya di Panvel.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI