BASED ON TRUE STORY “THE POSSESSION 2012”

4.3
(3)

The Possession (2012) sebuah filem arahan Sam Raimi bergenre “Supernatural Horror” yang diadaptasi dari KISAH SEBENAR tentang “DYBBUK BOX“, sebuah kotak purba peninggalan dari Perang Dunia Kedua.

Sejarah kotak berhantu “Dybbuk Box”:

Dybbuk Box dipercayai berasal daripada sebuah kotak purba dari peninggalan Perang Dunia Kedua. Masyarakat Yahudi terdahulu menggunakan “Dybbuk Box” untuk mengurung roh-roh yang bersifat jahat dengan menggunakan jampi serapah tertentu. Dipercayai juga, dalam kotak tersebut terdapat beberapa barangan misteri seperti; patung kecil dengan ukiran “Shalom”, 2 bentuk syiling tahun 1920, sekuntum bunga yang telah kering, beberapa potongan rambut berwarna perang dan coklat yang disimpul dengan tali, penutup botol anggur dan sebuah bekas lilin. Kesemua barang ini adalah syarat wajib yang perlu ada untuk upacara mengusir Roh Jahat.

Menurut sumber, orang pertama yang memiliki “Dybbuk Box” adalah seorang warga Polandia, Havela dari Perang Dunia Kedua yang kemudian dibeli oleh Kevin Mannis, seorang penulis dan broker profesional melalui lelongan yang dibuat di eBay. Sejak memiliki kotak itu, Mannis dan isterinya sering mendapat gangguan dan akhirnya mengakibatkan tragedi yang misteri dan menyeramkan.

Kemudian, ia berpindah milik kepada orang seterusnya dan seterusnya, kejadian yang sama juga berlaku. Dan akhirnya ia dimiliki oleh Jason Haxton dari Missouri yang tidak lama selepas itu juga telah diserang dengan pelbagai penyakit misteri. Berita tentang penyakit misteri yang dihidapi oleh Jason sampai ke telinga seorang pendeta Yahudi yang mengetahui tentang misteri “Dybbuk Box”, satu upacara untuk mengusir roh telah dijalankan dan ia berjaya dikurung di dalam kotak itu. Sehingga kini, keberadaan kotak tersebut tidak diketahui kerana Jason telah menyembunyikan ia di suatu tempat rahsia yang hanya diketahuinya seorang sahaja.

Apa kaitannya “DYBBUK BOX” ini dalam kisah filem yang diadaptasi ini pula?

Kisah dimulai dengan seorang nenek tua yang memiliki “Dybbuk Box” yang secara tiba-tiba dirasuk dan diserang oleh entiti yang diketahui setelah membuka kotak tersebut.

Kemudian ke babak lain, cerita mengfokuskan tentang sebuah keluarga yang telah bercerai-berai lakonan Jeffrey Dean Morgan sebagai Clyde dan Kyra Sedgwick sebagai Stephanie Brenek. Mereka mempunyai dua orang perempuan Emily (Natasha Calis) dan Hannah (Madison Davenport).

Setiap minggu Clyde dan Stephanie akan bergiliran menjaga anak-anak mereka. Ketika tiba giliran Clyde, Emily anak bongsunya telah membawa pulang sebuah kotak lama yang dilelong oleh jirannya di jualan “Garage Sale”, yang sebenarnya kotak itu adalah “Dybbuk Box”.

Kerana rasa ingin tahu isi kandungan kotak itu, Emily telah membukanya dan sejak itu, sikap Emily mula berubah dan sentiasa berperilaku aneh.

Semakin banyak kejadian aneh dan menakutkan berlaku di sekeliling Emily kerana roh yang bernama Abyzou telah merasuk Emily itu tidak akan berhenti membunuh sesiapa pun yang berada di depannya.

Bagaimana lanjutannya? Anda perlu tonton sendiri ok. Kerana sis memang minat kisah-kisah horror yang berdasarkan kisah benar dan filem ini juga cukup menarik untuk dinikmati, sis beri 7.5/10⭐⭐⭐.

BERITA BAIK! KINI ANDA BOLEH TONTON FILEM INI SECARA PERCUMA DI SALURAN YOUTUBE. TAIP SAHAJA TAJUKNYA “THE POSSESSION 2012”, PASTI JUMPA!

Jom kita nikmati dulu trailernya

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI