TEASER BARU MUSIM KE-3 LOVE (ft MARRIAGE AND DIVORCE)

5
(2)

Love (ft Marriage and Divorce) IS BACK!! Season 3 bakal ditayangkan pada Feb 26, 2022 sehingga Apr 17, 2022!!

Masihkah anda yang menonton drama ini ingat ketika ending season 2 yang memaparkan babak-babak akhir yang penuh Twist dan meninggalkan tanda tanya untuk kita ketika itu?? (Poster bawah scene akhir S2) Pasti anda tak sabar nak tahu apa sambungan dari Twist yang ditinggalkan untuk kita kan!??

Yang paling mengejutkan terdapat 3 pelakon yang mengundurkan diri untuk musim ke-3 ini:-

  • Lee Tae-gon (yang berlakon sebagai Doc Yoo-shin yang acah² suami mithali)
  • Sung Hoon (yang berlakon sebagai Peguam Sa-hyeon jadi laki lembik takut bini tapi ada skandal dengan perempuan lain)
  • Kim Bo-yeon (Dong-mi, mak tiri si Doc Yoo-shin yang gatal kat anak tiri sendiri)

Teaser baru dah keluar, boleh la layan teaser ini untuk tahu siapa yang gantikan 3 watak-watak di atas itu.

Sedikit ringkasan dari Musim Pertama:

Drama ini mengfokuskan tentang suka duka konflik rumahtangga 3 wanita yang mana ketiga-tiga suami mereka telah berlaku curang dan mempunyai wanita lain di luar dari lingkungan rumahtangga mereka.

Wanita pertama ialah Boo Hye Ryung (lakonan Lee Ga Ryeong), seorang DJ radio yang dikenali dan sangat mementingkan penampilan dirinya dan suaminya, bagi dia kesempurnaan itu adalah keutamaannya. Peguam Pan Sa Hyun (lakonan Sung Hoon) adalah suaminya dan dan Sung Hoon jauh lebih muda dari Hye Rung.

Wanita kedua adalah Pi Young (lakonan Park Joo Mi), seorang producer di stesen radio yang sama dengan Hye Sung. Pi Young adalah seorang ibu yang berkerjaya, isteri yang setia dan ibu yang baik kepada anak perempuannya. Suaminya adalah seorang Doktor pakar, Shin Yoo Shin (lakonan Lee Tae Kon).

Dan wanita yang ketiga adalah Lee Si Eun (lakonan Jeon Soo Kyeong) seorang isteri dan ibu anak 2 yang berusia 50 tahun. Juga bekerja di stesen radio yang sama sebagai penulis rancangan radio. Suaminya adalah Park Hae Ryun (lakonan Jeon No Min) yang merupakan seorang professor di sebuah universiti.

Musim 1 dan 2 masing-masing terdapat 16 episod dan boleh ditonton secara streaming melalui aplikasi Netflix.

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI