Salman Khan dan Ranbir Kapoor tidak diundang ke majlis perkahwinan Katrina Kaif

5
(4)

Bintang Bollywood tersohor Katrina Kaif bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan iaitu Vicky Kaushal tidak lama lagi.

Dunia perfileman India dikejutkan dengan berita perkahwinan dua bintang filem itu, tiada angin tiada ribut rupanya mereka berdua sudah lama dilamun cinta. Vicky Kaushal merupakan aktor filem Hindi yang telah berlakon dalam beberapa filem laris seperti Uri : The Surgical Strike dan Gangs of Wasseypur. Katrina Kaif buah hati peminat-peminat Bollywood sangat terkenal terutamanya selepas Katrina menjalin hubungan cinta dengan Salman Khan.

Sewaktu perpisahan antara Salman Khan dan Katrina Kaif hangat dibicarakan dahulu, Ranbir Kapoor dikatakan adalah penyebab hubungan merpati dua sejoli itu putus. Beberapa ketika setelah mereka saling menafikan gosip liar tersebut, gambar percutian bekas teman wanita Salman Khan itu bersama Ranbir Kapoor tersebar. Hubungan cinta antara Ranbir dan Katrina juga putus di tengah jalan dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Adik angkat kepada Salman Khan, Aprita Khan Sharma telah mengesahkan bahawa tiada kad undangan diterima oleh Salman Khan atau ahli keluarga Khan lain untuk menghadiri majlis bersejarah antara Katrina dan Vicky Kaushal. Begitu juga bagi pihak Ranbir Kapoor, telah disahkan bahawa pihaknya juga turut tidak mendapat undangan.

Nampaknya Katrina Kaif betul-betul tidak mahu menjemput bekas teman lelakinya ke majlis perkahwinannya. PinkVilla melaporkan baru-baru ini bahawa tiada drone yang dibenarkan melintas dan terbang di sekitar majlis perkahwinan bintang filem itu nanti, drone yang didapati terbang di kawasan berhampiran bakal ditembak jatuh.

Menurut laporan beberapa orang kenamaan dan artis-artis Bollywood telah menerima jemputan rasmi untuk ke majlis perkahwinan gilang-gemilang tersebut termasuklah Karan Johar, Rohit Shetty, Mini Mathur dan beberapa nama besar lain.

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI