NAIL POLISH(2021)-Penipuan di Kamar Mahkamah!

5
(8)

NAIL POLISH adalah sebuah filem Hindi dengan genre psikologikal thriller yang mampu membangkitkan rasa ingin tahu dalam minda setiap penonton.

Filem lakonan hebat Arjun Rampal dan Manav Kaul ini disiarkan secara rasmi di platform penstriman ZEE5.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler:

 

Sebuah filem yang cukup baik untuk pembukaan 2021. Filem psycho thriller Hindi ini buat para penonton terpaku.

Seorang bekas perisik ketenteraan kini hidup sebagai aktivis yang membantu dan mengajar kanak-kanak.

Dua mayat kanak-kanak ditemui rentung terbakar. Penyiasatan polis tidak mengambil masa yang lama apabila dapat mengesan suspek utama, iaitu Veer Singh yang merupakan bekas perisik ketenteraan itu.

Penangkapan itu mengejutkan ramai kerana Veer Singh amat disenangi dan dihormati masyarakat.

Sesi perdebatan di mahkamah cukup memberi rasa sakit hati dan berdebar.

Kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar rentung itu turut dicabuli secara seksual sebelum dan selepas kematiannya.

Satu kebenaran yang amat kejam dan menyayat hati.

Sisi gelap si pelaku didedahkan di mahkamah, walaubagaimanapun kehandalan peguam belanya tidak dapat disangkal.

Sebuah permainan licik, menyanggah setiap bukti yang nyata.

Plot bertambah menarik apabila Veer singh membawa perbicaraan ini kepada sebuah drama pesakit mental yang menghidap kecelaruan identiti.

Rahsia demi rahsia terbongkar.

NAIL POLISH
8/10

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI