THE PARALLEL (2014) MOVIE HORROR THAILAND

4.5
(6)

“Si Ibu menjadi hantu gentayangan dan melindungi anaknya setelah Si Ibu dibunuh secara BRUTAL”

Kisah ini bermula disebuah bandar kecil di sebuah kedai runcit yang dimiliki oleh sepasang anak beranak yang mana Ibunya telah dirompak dan dibunuh secara BRUTAL disaksikan sendiri oleh anak perempuannya, Mobile (Wanisa). Tiba-tiba satu kejadian aneh telah berlaku ketika si perompak sedang cuba untuk membunuh anak perempuannya, hantu/roh si ibu yang telah mati tadi muncul dan membalas dendam dan membunuh si perompak tersebut.

Setelah peristiwa sadis itu, Mobile yang menjadi anak yatim piatu kemudian dihantar ke rumah khidmat sosial dan namun sikap Mobile mula berubah, suka menyendiri sambil ditemani sebuah anak patung yang tidak pernah ditinggalkannya dan Mobile juga tidak pernah bercakap sepatah pun selepas itu. Ini menyebabkan anak-anak lain di rumah khidmat sosial itu suka membuli Mobile dan mengejeknya.

Salah seorang pengasuh di rumah khidmat sosial tersebut juga tidak menyukai kehadiran Mobile di situ sehinggalah suatu hari, anak-anak dan pengasuh yang suka mencari masalah dengan Mobile telah mengalami kejadian yang pelik, anak-anak itu jatuh sakit seolah disampuk hantu manakala pengasuh tersebut mati dengan ngerinya!

Di babak lain, Emmy (Paula Taylor) telah diberi ubat oleh teman lelakinya hingga menyebabkan dia pengsan dan dibawa ke klinik haram untuk menggugurkan kandungannya. Seluruh badannya penuh dengan darah ketika dia berjalan pulang berseorangan. Sejak itu, Emmy dirundung pilu dan sayu kerana kehilangan bayi dalam kandungannya dan teman lelakinya pula tidak lagi menemui Emmy selepas itu.

Setelah tidak berapa lama, Emmy mengunjungi rumah khidmat sosial tempat kawannya bekerja dan Emmy mula jatuh hati kali pertama terserempak Mobile dan ingin mengambil Mobile menjadi anak angkatnya.

Maka bermulalah kehidupan baru untuk Emmy dan Mobile, namun apa yang Emmy tidak ketahui adalah hantu/roh Ibu Mobile sentiasa ada bersama dengan Mobile dan sentiasa bersiap sedia untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba menyakiti Mobile.

Disebalik kewujudan misteri Ibu Mobile, ternyata di rumah Emmy juga tersimpan satu rahsia dan misteri yang Emmy sendiri tidak sedar selama ini! Disinilah untuk 20 minit terakhir, penonton akan disajikan dengan babak-babak yang cukup menarik dan mengejutkan kerana tidak sangka…..

Apa yang anda perlu tahu, jalan penceritaan filem ini agak perlahan ya. Jadi mungkin sesetengah penonton akan mula berasa bosan sedikit tapi jangan terus “OFF” ya! Kerana setelah itu babak-babak menarik akan menyusul yang pastinya “TWIST” di minit-minit terakhir pasti akan membuat hati kita tersentuh dan meremang!

Jujur kata, walaupun plot filem ini tidak la sehebat filem-filem seram Thai lain yang lebih dikenali disebabkan plotnya yang penuh dengan melodrama, ia tetap berbaloi untuk hiburan jiwa!

Boleh layan trailernya dibawah dulu! Oh ya, anda juga boleh tonton filem ini secara PERCUMA melalui YouTube lengkap dengan subtitle Indonesia dan Inggeris!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI