BLOODY REUNION (2006) – SETIAP SEORANG PASTI MATI!

5
(6)

BLOODY REUNION merupakan sebuah filem seram slasher dari Korea Selatan yang pasti memualkan setiap penonton yang menonton. Bukan sebarang filem slasher yang hanya menyajikan babak-babak berdarah dan pembunuhan kejam, filem ini turut mempunyai plot penceritaan menarik dengan kejutan luar jangka yang pasti membuat para penonton teruja.

Filem ini dibintangi oleh Oh Mi-hee, Seo Young-hee, Park Hyo-jun, Yep Hyun-soo dan Kim Eung-soo.

Filem yang menceritakan tentang dendam, pembalasan yang ingin dilunaskan sejak lama terpendam.

Awas spoiler :

Seorang pegawai polis menyiasat pembunuhan besar-besaran yang berlaku di kediaman sorang pesara guru iaitu Puan Park (Oh Mi-hee). Lima orang dibunuh kejam, hanya dua orang yang selamat dari pembunuhan kejam tersebut iaitu Puan Park dan penjaganya Mi-Ja (Seo Young-hee).

Pegawai polis tersebut hanya mendengar penceritaan semula oleh Mi-Ja berkenaan tragedi yang berlaku. Sebuah perjumpaan semula (reunion) diadakan di rumah Puan Park. Beberapa orang bekas muridnya telah menghadiri majlis perjumpaan semula tersebut.

Dendam terhadap Puan Park yang dianggap kejam sewaktu khidmatnya sebagai guru Salah punca utama kejadian bunuh beramai-ramai tersebut. Anehnya, setiap Kali bekas pelajar Puan Park mahu menghabiskan nyawa Puan Park, pasti mereka akan menemui ajal terlebih dahulu. Seorang pemuda bertopeng arnab datang menghabiskan sisa nyawa bekas pelajar terbabit.

 

Mereka dibunuh dengan cara yang amat kejam. Penyeksaan yang bukan kepalang. Dendam apakah yang telah menyentak dan menanggalkan keimanan manusia?

Filem ini bukan untuk penonton berjiwa lembut, lokasi jenayah yang penuh berdarah. Babak-babak ngeri yang langsung tidak sesuai ditonton oleh bukan penggemar filem slasher. Satu kejutan, sepatutnya penonton disajikan dengan kematian guru jahat yang digambarkan, tapi sebaliknya jalan cerita berubah jadi lebih gelap dan rahsia yang lebih kejam terbongkar. Sebuah filem yang brutal dengan misteri yang mengejutkan!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI